Sabtu, 2 Februari 2013

Crepe

Assalamualaikum,

Orang dah lama duk makan, kami sekeluarga baru ajer merasainya. Itu pun bukan durian crepe yang famous tu....... hanya fruity crepe nama diberi oleh restaurant itu..... ada berbagai-bagai perasa antaranya strawberry, dragon fruit dan entah apa lagi....... tak ingatlah....... sebab anak-anak ajer yang duk makan...... omaknya dapat secubit ajer....... mama tak boleh makan banyak-banyak kata dia orang........... sedap jugak...... next time kalau ke Bagan Lalang kena beli lagi ni............
 yang hijau tu kalau tak silap aku apple, yang lagi tiga tu tak tau aku apa perasanya....... sebab aku tak merasa......... huhuhu.......
yang ni pun aku tak pasti perasa apa dan yang pastinya bukan Durian Crepe.........

Khamis, 31 Januari 2013

Makan-Makan @ Seaview Restaurant, Bagan Lalang

Assalammualaikum,

Seperti biasa sebulan sekali aku akan bawa anak-anak makan kat luar. Asyik makan masakan sendiri ajer boring pulak, sendiri boring or en. suami???? so far en. suami mahupun anak-anak tak pernah mengomel pasal masakan aku, apa yang aku masak pasti en. suami akan makan........ hahaha..... nak sedapkan hati sendiri lah tu...... tak caya???? engkau orang tengoklah putri aku tu, sekarang ni makin bam bam, lambat ajer masak dah bising tambahan pula sekarang ni aku duk melayan slot akasia Setia Hujung Nyawa so makanya aku akan masak lepas Maghrib and dah tentunya selepas habis cerita Setia Hujung Nyawa tu.......... Melalutlah pulak...... Sambung balik pasal makan-makan ni.....

Untuk makan-makan kali ni dan seperti biasanya kita orang akan ke Bagan Lalang lah. Itu ajer tempat makan yang paling dekat dengan Nilai. and dah tentunya kalau ke Bagan Lalang kami akan ke Restaurant Senandung Malam ajer....... but on that night kami kena ke restaurant lain pulak coz malam Sabtu lepas, Senandung Malam, FULL tak ada tempat kosong pun and  ramai pengunjung yang duk berdiri kat tepi-tepi tu duk menunggu meja....... bila en. suami tengok masih ramai yang belum makan, so en. suami suggest we all gi cuba makan kat Seaview Restaurant ni.......Tak pernah try lagi kat restaurant ni...... First timelah.........
 kat Seaview Restaurant ni pun ramai orang, tapi masih ada tempat untuk di duduklah......... makanan kat sini pun boleh tahanlah jugak di tekak aku...... en. suami pun kata masakan kat sini sedappppp.....
replika bot ni disnap oleh putri ku........
 air tembikai and teh ais for my hero........
 sotong goreng tepung kegemaran anak-anak....... My putri cakap sotongnya macam kat Chinese Muslim Downtown KLIA........ ada rasa telur asin........
 Lala masak sweet sour........
 sambal cicah ikan bakar yang hampir sama macam kat Senandung Malam......
 pepahat masak tiga rasa....... mmmmmmmm sedaaaappppp........

 pari bakar....... kurannnggg....... minta pari bakar berlada, tapi tak disalut lada pun...... sikit sangat dia bubuh lada........ tapi licin jugaklah dikerjakan oleh anak-anak aku.........
alhamdullillah.......... licin kesemuanya...........
pencuci mulutnya fruity crepe........ sedaaapppp kata anak-anak aku..........

Rabu, 30 Januari 2013

Another Pasang Untuk My Putra & Putri

Assalammualaikum,

Untuk melekatkan duit bantuan persekolahan dia orang and also anak-anak pun mengkehendakinya, so bawalah dia orang ke Bata untuk menambah koleksi kasut sekolah. Pesan ngan anak-anak, hanya kasut B First ajer tau and bila dah sampai kat Bata Kasut North Star yang dia orang capai....... Anak-anak dah suka so belikan ajerlah, lagi pun duit dia orang..........

Selasa, 29 Januari 2013

Buku Teks

Assalammualaikum

N3 ni sepatutnya keluar masa awal-awal persekolahan hari tu tapi disebabkan kesibukkan yang melanda and baru jumpa gambarnya so sekarang baru nak publishkan...... tak apalah tak basi lagi......

Untuk pengetahuan umum, cehcehcehhhhhh..... macamlah ramai yang duk baca blog aku ni....... Putriku kan pindah sekolah tahun ni, dari SRAI ke SKDC and di sekolah baru ni dia tak dapat pinjaman buku teks...... dah puas aku merayu kat cikgu sekolah tu untuk skim pinjaman buku teks and jawapannya hampeh..... tak dilayan pun..... cikgu SPBT cakap, "buku-buku teks kat sekolah ni cukup-cukup untuk budak sekolah ni ajer"... aku tengok kat bilik SPBT tu melambak lagi buku teks untuk tahun 5.... Yang peliknya, ada seorang budak baru di dalam kelas putriku tu boleh pulak dapat buku teks......... anak aku, hampehhhhh...... 

Jadi tak nak menambahkan kekalutan dan tak nak anak aku ketinggalan belajarnya dan perang mulut dengan cikgu tu, so aku belikan ajerlah buku teks yang belum ada..... aku hanya perlu beli pun untuk 3 mata pelajaran ajer, iaitu Mathematics, Sains dan Pendidikan Islam. Sebabnya aku kena beli 3 ajer coz my boss every end of year akan bagi buku teks anaknya pada anak-anak aku. Anak boss aku ni memang kena beli buku teks 100% sebab dia hantar anaknya ke sekolah SWASTA iaitu Sekolah Bersepadu Kemayan di Seremban tu...... Aku beli 3 buku tu sebab Sekolah Bantuan Kerajaan tahun ni dah tukar buku Mathematics dan Sains nya ke dalam Bahasa Melayu dan Sekolah Bersepadu Kemayan masih lagi pakai dalam Bahasa Inggeris and satu lagi  Sekolah Bersepadu Kemayan tak ada subjek Pendidikan Islam kot.....  sebab Boss aku tak bagi pun buku teks pendidikan islam......
Nasib baiklah kedai yang jual buku teks ni hanya di Taman Seroja, Salak Tinggi...... so cepat ajerlah aku pergi membelinya....... kat popular aku tak jumpa ya buku teks........ La ni putriku bagi tahu ada satu buku teks lagi yang kena beli, iaitu buku Jawi...... Laaaa, Adik kenapa tak bagi tahu masa beli hari tu???? Walaupun dekat ajer kedai yang menjual buku teks ni, tapi kemalasan nak memandu tu yang jadi masalah........

Masa beli buku teks ni, duit bantuan persekolah belum keluar lagi tauuuuuuuu.........

My Puteri yang Hangin Selasa lepas

Assalammualaikum,

huhhhhhh tajuknya bukan main dahsyat sekali. My puteri hangin selasa lepas coz aku lambat kesekolahnya untuk collect bantuan persekolahan. So lepas ambil bantuan tu aku terus bawa dia makan nasi ayam kat Desa Cempaka, kasi kurang dia punya hangin sikit...... hehehehe....... actually aku memang dah masak untuk si Abang and aku selalu (tiap-tiap hari makan tengahari kat rumah sekarang ni, lepas ambil si puteri aku akan balik kerumah untuk dia tukar pakaian sekolahnya) tapi hari selasa tu oleh kerana aku kesuntukkan masa, so aku ngan puteri makan kat luar ajer. Nak cepat balik ke office dan aku angkut sekali puteri aku ke office....... First try kat gerai nasi ayam tu..... bolehlah di tekak aku.......

Ahad, 27 Januari 2013

Bantuan Persekolahan

Assalammualaikum,

Rasa-rasanya semua orang dah dapat bantuan persekolahan ni. Aku dapat hari Isnin hari tu untuk si Abang manakala untuk Adik pada hari Selasa. 

Untuk ambil bantuan persekolahan untuk adik hari tu aku lambat sikit sampai kat sekolah (bukan lambat sikit..... memang lambat betul sebab boss aku suruh siapkan minutes meetingnya jugak - aku sampai kat pintu kelasnya, cikgu kelasnya dah nak keluar dah.....) and aku tengok muka anak dara masam mencuka...... bila dah ambil and turun ke kereta dia sound aku "kalau mama tak dapat datang cakaplah, adik boleh suruh ayah datang ambil" and terus menonong ke kereta........ alahai putri mama, mama banyak kerjalah kat office....... mama datang jugakkan...... cuma cepat dan lambat ajer..........
So dapatlah RM200.... Duit tu untuk dia orang. so bolehlah tambah sepasang kasut lagi dan beli baju pengakap untuk si Abang....... Sekolah Menengah ni cikgu pilih dia masuk pengakap, so kenalah belikan baju pengakap untuk dia....... Masa sekolah Rendah dulu dia joint bulan sabit so aku belikanlah bajunya besar sikit sebab aku fikirkan boleh guna hingga ke sekolah menengah tapi hampeh, bila sekolah menengah kena joint pengakap pula.......

Jumaat, 25 Januari 2013

Adat Perpatih Milik Mutlak N9 - Dari Berita Harian bertarikh 22.01.13

Assalammualaiku,

Sajer ajer aku letak n3 cerita Adat Perpatih yang keluar kat dalam suratkhabar tempohari. Yang sebenarnya banyak kisah sejarah mengenai Linggi yang BH duk cerita kat dalam akhbar, tu yang beria-ia aku letak n3 ni......... Linggi kampung ku yang tercinta............

Petikan dari Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin mengenai Adat Perpatih:

Menurut beliau adat masyarakat N9 tidak hanya dipengaruhi Adat Minangkabau sehingga dikenali Adat Perpatih seperti tanggapan umum. Sebaliknya ia dibentuk asimilasi pelbagai adat suku kaum yang mendiami N9. (Linggi tak berapa mengamalkan Adat Perpatih ni.....)

Prof Dr. menyatakan Adat Perpatih kat N9 ni berbeza dengan Adat Perpatih di Minangkabau, Sumatera Barat. Adat Perpatih yang di amalkan di N9 dan Naning Melaka ialah gabungan sekurang-kurangnya 3 sistem iaitu sistem Adat Mingakabau yang berasaskan 3, iaitu Adat Nan Tigo, Adat Elok Boleh dan Adat Tuah Disakato (Tak amalkan so tak tahulah sangat......)

Lagi satu beliau menyatakan disebabkan umum menyangka N9 hanya memiliki Adat Perpatih, mereka tidak mengetahui kewujudan Adat Melayu Umum yang sudah lama tidak digunakan selain Adat Melayu Linggi (tak tahu pula Linggi ada Adatnya sendiri). Kawasan Adat Melayu Umum membabitkan pinggir pantai sehingga ke Lukut yang terletak dalam daerah PD.

Ni kena highlightkan - hehehe -  Jangan marah....
"Mukim Linggi terutama Pekan Linggi sekarang didiami orang Melayu turut disimpulkan sebagai 'Muafakat bil kitalo wassunati qabulatan minat ustaz yamonati' - sorrrrrryyyyyy - Jangan tanya maknanya kat aku ya - aku sendiri pun tak tahu - hehehe.......

Ni satu lagi petikan di dalam BH yang aku ambil also mengenai LINGGI..........
"Sejarah penghijrahan masyarakat Bugis dari Riau ke rembau sebelum berjaya membuka Linggi pada abad ke 18 dengan mewujudkan kerajaan sendiri (Dulu Linggi ada kerajaan sendiri rupanya!!!!) lengkap sistem pentadbiran teratur, ketenteraan dan mampu bertahan hampir 200 tahun. Sejarah perkembangan masyarakat Bugis Linggi mencatatkan kejayaan mereka membina sistem kemasyarakatan dan kebudayaan yang tersendiri dan unik, iaitu mengamalkan Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan. Adat ini amat berbeza dengan adat yang diamalkan bukan saja masyarakat Bugis di Johor dan Selangor, bahkan Sulawesi sehingga seolah tidak ada sebarang kaitan dengan kelompok Bugis di luar Linggi, katanya........

Ohhhhh banyak yang aku tak ketahui mengenai sejarah Linggi..... Ni kena cari buku sejarah mengenai N9 terutamanya mengenai LINGGI untuk tambah pengetahuan mengenai kampung halaman aku........