Isnin, 9 November 2020

CIMOL

 Assalamualaikum,

CIMOL ini adalah makanan / menu orang Indonesia. sekarang ini Cimol ni jadi makanan kegemaran my putri. Ini dia buat sebelum operation dia hari tu........ Bahan-bahannya tepung ubi, sedikit tepung gandum dan lain-lain bahan lagi...... Dia saja yang menguli, mamanya tak menolong pun, tahu-tahu dah siap ajer.........  Cicah dengan sos sedappp.....

 

Rabu, 28 Oktober 2020

Alhamdulillah My Putri Selamat Menjalani Pembedahan

 Assalammualaikum,

 Alhamdulillah, syukur kepada Allah...... My Putri selamat menjalani pembedahan membuang ketulan di payu daranya. 

Tarikh pembedahan sepatutnya 5.10.2020 tapi ditunda oleh pihak Hospital Tuanku Jaafar dengan alasan Renovation....... Tapi pihak HTJ telah memberitahu bahawa pesakit akan dipindahkan ke Hospital Port Dickson or Rembau dengan diawasi oleh Doktor Pakar dari HTJ.

Tapi kat dua-dua tempat tu pun tak boleh buat sebab masa tu kes Covid meningkat..... so we all pasrah ajer..... Renovation di jangka siap pada pertengahan bulan November 2020 menurut doktor.........

Tapi Alhamdulillah, Jumaat 9.10.2020 around 2pm Doktor dari HTJ call dan cakap operation akan diadakan pada 12.10.2020.....

Operationnya pada pukul 7.30 pagi so kami gerak dari Nilai selepas Suboh...... Tang Tu Tang Ni, pukul 8.21am baru mauk ke bilik bedah......... masa Covid ni cukup payah.......... pesakit ajer yang dibenarkan......  Nak jenguk kat wad pun dia orang tak kasi............. 


Wad Bedah, Air cond........ kesejukkan my putri selepas operate........
 
  
Ini masa nak masuk ke bilik bedah...
Snap gambar dari jauh.....

 selepas pembedahan....  di wad.... snap gambar dari glass door......

kat insta storynya

  

ini pun kat insta storynya............. 

Semoga anak Mama sihat hendaknya...........


Rabu, 23 September 2020

Banjir Di Linggi

 Assalamualaikum,

Dapat gambar ini kat dalam group whatsapp family, Legacy  Hj Md Ali..... Tapi yang mengirimkan gambar ini bukan yang duduk dekat area kampung. Yang mengirimkan gambar ini duduknya di Kajang.......... Secara kebetulan en. suami nya ada kerja di Melaka dan balik lalu Linggi, dan berhenti kat tepi jalan area rumah and terus snap photo........ Pinjam photo ya Sis Yati Ali........... bila nak balik kampung main air?

since sehari dua ini hujan agak lebat dan menyebabkan sungai Linggi melempah........
kalau tengok dari gambar ini, sikit ajer lagi air tu nak masuk ke dapur rumah arwah nenek......
masa adik ipar ambil gambar ini pun hujan masih turun dan sekarang tak tahu lah apa khabarnya, dah masuk or belum air tu..........

Selasa, 22 September 2020

Sehari Bergotong Royong

 Assalamualaikum,

Fun gorong royong kata Cik Puan.......... Fun ke? Lebih kepada paksaan. Kenapa paksaan? Sebab kami tidak dibenarkan ambil cuti pada tarikh gotong royong tu.......

Kami di arahkan untuk mengecat hostel blok HC dan HD....... kami yang dah tua-tua ni disuruh mengecat, sedangkan kat rumah pun tak pernah cat sendiri, upah ajer............

Yang duk mengecat ini hanya staff dibawah Cik Puan ajer.......... Kebanyakkan staff dari department lain bising-bising kat kami, cakap mana ada dalam Job D..... Anything happen siapa nak bertanggungjawab....... Hai kawan-kawan!!!! Dah management kedekut nak mampus....... selagi boleh dikerah, dikerahkannya......

bergambar sebelum mengecat
5 perempuan dan 2 lelaki
tapi staff lelaki tak ada dalam gambar
kami diarahkan untuk siapkan 6 bilik setiap group dalam masa sehari..........
agak-agak dapat tak kami capai target tu.........
sesi mengecat bermula
habis baju dan seluar serta selipar kena cat, tudung usah cakap lah
satu bilik 2 orang duk mengecat ...

yang bilik ini sang jejaka-jejaka duk mengecat
MasyaAllah bilik-bilik hostel ini teruk nak mampus
kotor.......
baju-baju berlonggok........
kaya betul budak-budak ni, baju tak angkut balik..........


ini group ke empat
berposing setelah penat mengecat........
aduhhhhhhhh penat betul......
seksaaaaaaaa
Dukacita dimaklumkan kami tak mencapai target yang Cik Puan Kehendakki tu
siapkan 24 bilik..........
Yang dapat siap hanya 4 bilik...........
pening kepala Cik Puan nak menjawab dengan management......
tulahhhhhhhhh gatal sangat nak buat, nak bodek management lah.........
yalahhhh dia tak confirm lagi, tu yang apa disuruh oleh pihak atasan, sanggup ajer buat........

lunch tengahari makan KFC ajer...........

Selasa, 15 September 2020

Cerita My Hero

 Assalamualaikum,

My Hero ke Terengganu during cuti Merdeka with Mak Saudara-Mak Saudaranya. Dia follow Mak Ngahnya, Mak Ngah nya datang ambil dia kat Nilai pada 28.08.2020 malam. Dia sahaja yang pergi, my putri bekerja........

My Hero dengan Mak Ngah dan Pak Ngah gerak awal, Jumaat lepas suboh, the others Mak Saudaranya gerak pada hari Sabtu........ So semalam tu My Hero terpaksa tido kat Tanjung Jara Resort....... Sponsor by Mak Ngah.........  Kalau minta Mamanya tak mampu lah..........

Ini aktiviti dia orang masa kat Tanjung Jara Resort

Siakap Masak Lemak tu prepare by My Hero, Chef Tanjung Jara cakap ikan tu hancur......apa lah my hero ni, belajar pemprosesan makanan dan mutu kawalan, masak pun tak perfect lagi.......

Rendang di masak oleh Pak Ngah nya........

with Tanjung Jara Chef

Makan-makan kat Terengganu

Bila Mak Saudara-Mak Saudaranya dah sampai, so my hero pindah tido kat Homestay dekat dengan Pantai Sura,,,,,,,,,,,

Haaaaaaaaa ini lah tujuan asalnya ke Terengganu, 
Nak jumpa aweknya kat Dungun, Awek orang Dungun....... 
Mak Saudara-Mak Saudara pula melayan....... 
Jumpa awek ni masa Intern kat Nilai........
Since dah habis Intern ini dah 2 kali ke Dungun...........
rezeki dapat ke Dungun with Aunty....
Sambil menyelam minum air.........
First, gi ziarah orang meninggal, Biras Mak Su........ dapat juga follow ke Dungun
Mertua Mak Su memang orang Dungun.......
Second, Mak Ngah bawa bercuti ke Terengganu..........
dapat juga jumpa Si Fiera.........
Lepas ni sambung belajar so lambat lagi lah ke Dungun........

Abang............
Dungun tu jauh lah........

Jumaat, 28 Ogos 2020

Majlis Akikah Dan Cukur Jambul Anak Eiqa

 Assalamualaikum,

Dapat jemputan dari anak buah ahkak si Eiqa ke majlis cukur jambul baby keduanya........ dan juga majlis doa selamat masuk rumah baru. Majlis di adakan di Hulu Langat Batu 14.............. so kita guna waze ajer lah dari Nilai........

 

 

 Mula-mula cukur jambul

 

 cukur jambul dibawa oleh group muslimah dari surau/masjid Ampang.... Ambil dan hantar balik.... Lepas ukur jambul, terus makan.......

 Ada kambing golek dan juga ayam golek..... Kambing goleknya sedapppp........ my hero hanya makan kambing golek ajer..... nasi dan lain-lain dia tak ambil......... kesian my putri, tak dapat merasa kambing golek...... kegemarannya kambing golek ini.....

 

 Ada pelbagai juadah..... Mee Kari, Spaghetti, Nasi dan lauk pauk......... Ahkak hanya ambil nasi dan gulai ikan baung........ sera ada kuih muih........

 

 see semangkuk gulai ikan baung, meratah ajer.........

Lepas makan anak buah ahkak pergi hantar balik group muslimah ini dan balik bawa pula imam dan jemaah lelaki dari Ampang juga untuk majlis doa selamat pula...........

 

Jamuan Raya

 Assalamualaikum,

Company adakan jamuan hari raya baru-baru ini. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, sekalikan ajer........

                       

                        

                             

                          

Sebahagian makanan disediakan oleh chef-chef Hospitality School dan sebahagian lagi dikutip RM15 dari staff-staff........... lepas tu kita cater lah dari luar.......... ada pelbagai hidangan disediakan.......

Roti Jal and Cendol

2nd round, Nasi Impit kuah kacang, lemang and cheese tart.........

Lemang dan Rendang sponsor by Vice Chancellor

Ucapan by Vice Chancellor and Chairman

Sesi bergambar

Our Department

bergambar with our boss