Selasa, 13 Oktober 2026

Jalan-Jalan Batam: Masih Day 1

 Assalamualaikum,

Dah settle ambil tiket balik kat jetty...
Kami ke seberang jalan. Dalam jetty tu ada jejantas yang menghubungkan jetty ke Batam Mega Mall. 
Ke Batam Mega Mall untuk ambil grab ke hotel atau kemana-mana. 
Grab tak pick up kat jetty sebab kat jetty tu dikongker oleh teksi. Kalau grab pick up kat situ kang dah jadi pergaduhan pula....
Masa menyeberang jejantas tu ternampak Sederhana, kedai nasi padang yang viral juga kat Batam....
So ajak Najwa makan kat situ dulu....
Nak ke Restaurant tu kena masuk dalam mall tu dan turun ke bawah....
Masuk-masuk jer dalam mall tu, Najwa dah nampak Sociolla.... 
sabar.... kita makan dulu.....

Makan simple-simple jer
Ambil
Ayam pop
Gulai keting
Dan ada sayur dan gulai nangka
Total makan berdua IDR85,000
Bersamaan lebih kurang RM18.00

Selesai makan, masuk balik ke Batam Mega Mall
Apa lagi ke Sociolla
Kita bagi Najwa berlama disitu
Mama, duduk kat bangku depan Sociolla...

Settle shopping kat Sociolla
Order grab ke Hotel di Nagoya City
Grab kena IDR35,000
Kat Batam akak tak guna khidmat supir
Yang dekat-dekat kami jalan sahaja
Jauh order grab....

Check in dan rehat di Hotel
Selepas Asar, kami jalan-jalan di Nagoya Mall
Dari hotel kami jalan kaki jer ke Nagoya Mall
Tak jauh dari hotel penginapan

Isnin, 12 Oktober 2026

Jalan-Jalan Batam: Day 1

Assalamualaikum,

Jumaat, 9 October 2026 kami gerak ke JB seawal 4.50 pagi. Target untuk gerak pukul 4.30 pagi, tapi terlambat sikit. Seawal pagi tu lori dan kereta tak banyak.... 
Trip kali ini akak dan Najwa jer.... DIY trip... redah jer... buat-buat confident... 
Selalu bila cuti-cuti seberang laut pasti bersama adik-beradik tak lah takut...
Kami Suboh di RnR Pagoh, dalam 6.30 dah sampai Pagoh.... 
Laju kata Adli.... oh ya akak share location dengan Adli.... senang nak monitor Mama katanya....
Gambar selepas Pagoh
Jerebu

Dah sampai JB

Terus ke Stulang Laut
Naik feri kat situ

Dah dapat parking, kami terus ke kaunter Indomas
Kami ambil Citra Ferry - Indomas
Kami sampai awal, dalam pukul 9.00 pagi dan tiket ferry kami dalam pukul 12.30 tengahari
Try bertanya kat kaunter, boleh tukar tiket ke awal tak?
Alhamdulillah, staff tu kata boleh...
Kami dapat ferry pukul 11.15 pagi....
Dapat ferry 2 tingkat
Perjalanan pergi so smooth
Tak terumbang ambing dilambung ombak...

Tiket dan passport dah ready


Ferry gerak pukul 11.30
Delay
Sebab ada penumpang yang tak check in lagi...
Sampai Batam dalam pukul 2.30 petang
Perut dah keroncong, sebab tak breakfast lagi....

Isnin, 28 September 2026

Setahun Sekali

 Assalamualaikum,

Sekali setahun datang kerja pada hari Sabtu.... wajib untuk semua staff hadir....

Bertugas untuk convocation

Seperti tahun-tahun yang lepas, kita bertugas bahagian certificate....
Balik lambat lah.
Nak kena tunggu budak-budak ni collect certificatenya....


Sebelum 2020 kita bertugas bahagian registration graduans hingga lah ke dalam dewan
Tak suka jaga bahagian ini sebab dia orang tak dengar cakap...

Kaunter semua buka untuk mempermudahkan graduans collect certificate.
Ini kami tumpang office of admission and record untuk distribute certificate.

Ahad, 20 September 2026

Buku Merah Sudah Keluar

Assalamualaikum,


Ke mana???

Tunggu!!!


Tiket
Hotel
Semua dah settle bayar
Doakan saya sihat untuk travel...

Isnin, 31 Ogos 2026

Ahad, 30 Ogos 2026

Shabu Shabu Kita Malam Ini

 Assalamualaikum,

Tinggal berdua jer dengan Najwa, so kita dinner yang simple-simple jer....
Kita syabu-syabu jer....





Antara bahan-bahannya
Kuah rebusannya



Bahan-bahan untuk pencicahnya....

Pencicah yang dah dicampur

Alhamdulillah kenyang
Itu pun masih ada bahan-bahan yang tak direbus lagi
Esok kita sambung merebusnya.....


Rabu, 26 Ogos 2026

Kalau Dia Dah Teringin

 Assalamualaikum,

Kalau dia dah teringin, pukul 10 malam pun jadi tiramisunya.
Kejadian semalam, balik kerja jer dia terus pergi kedai bakery nak cari bahan-bahan untuk tiramisu.... habislah pula bahan-bahan tiramisu kat situ.
Oh ya semalam tempat kerja Najwa tak cuti. Company cina kan, tak ambil cuti maulidur rasul.
Lepas Maghrib dia keluar dengan kawan baiknya (anak jiran, yang accident sama dengan dia tempohari) ke Jaya Groser kat Mesa Mall untuk membeli bahan-bahan tiramisu.
Alhamdulillah dapat...
Dalam pukul 10 malam terus buat...

Lady finger
Banyak pula gulanya compare yang hari tu tak banyak gula
So kali ini tiramisunya manis sikit...

Telur dan mascarpone di pukul sehingga kembang dan boil sikit

Dah dicampur whipping cream dan di pukul hingga kembang

Lady finger yang dah dicelup dengan kopi

Yang dah disapu dengan adunan cheese
Itu first layer

2nd layer susun kan lagi lady finger dan disapu dengan adunan cheese

So jadilah macam dalam bekas atas yang belah kiri
Malam tadi dapatlah 3 bekas tiramisu
Yang dalam mangkuk putih tu adalah bancuhan kopi untuk rendaman lady finger.