Khamis, 20 Oktober 2011

Kerja-kerja penebangan pokok di Desa Indah.....

Huhhhh, tajuk di atas tu macam nak menebang kesemua pokok yang terdapat di Desa Indah (macam orang kerja Majlis Perbandaran Nilai aja.....) padahal hanya nak tebang sebatang pokok aja kat Taman tu....... kat belakang rumah my sister........ my sister tak duduk kat situ, buat masa ni dia menetap di Brunai....... segala hal mengenai rumahnya, terutama membersihkan kawasan rumahnya, dia dok main order aja kat aku (dia pun selalu baca blog aku), tu sebab aku letak kan gambar dahan-dahan pokok yang telah dipotong tu untuk tontonannya.........

Sabtu lepas, sebelum kita orang pergi ke 'Bid Bad Wolf Books' tu kita orang pergi kerumah dia dulu ..... ingatkan nak tebang habislah sehingga ke akarnya...... tapi tak boleh nak buat apa-apa, sebaik aja sampai kat rumah dia, hujan pun turun dengan lebatnya......... so dapat tebang sikit aja, iaitu dahan pokok yang menghala kerumah jirannya......

ini gambar sebelum penebangan...... ingatkan pokok kecik, rupanya besarrrr....... so upahnya pun besarlah.........
nampak tak daun pokok kat pintu rumah jirannya........ tu dulu yang dipotong, supaya jirannya tak bising..........
dahan-dahan pokok yang telah dipotong........dahan yang menghala kerumah jiran dah tak ada....... so insyaallah, minggu ni nak sambung lagi kerja-kerja penebangan.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan