Isnin, 2 Februari 2015

Terapi Gurah

Assalamualaikum,

Sabtu lepas kami ke Meru, Klang tapi sebelum tu singgah dulu kat Putrajaya, ada kenduri kahwin kat situ. Cerita kenduri kahwin kat next n3 ya. Lepas kenduri kami terus ke Meru melalui SKVE. Ya ampun, lepas ni tak akan ku lalu SKVE lagi. Highwaynya setakat Teluk Panglima Garang ajer, selepas tu one lane sampailah ke persimpangan pulau indah dan dimana kat SKVE tu hanya lori-lori kontena ajer yang lalu situ. Driver lori-lori kontena ni tak peduli pun dengan kenderaan kecil, main potong ajer kat double line dan masa dia memotong tu kat hadapan dilorong bertentangan ada juga lori kontena yang dah dekat, terjerit-jerit aku dibuatnya..........
ni kat SKVE kat atas jambatan yang tinggi tu.........
ini kat jalan nak ke Pelabuhan Barat
jammed teruk masa ni
sebab ada lori yang dah melintang jalan
penuh dengan lori ajer.......

Kami ke Meru Klang adalah kerana membawa hero aku untuk berubat resdungnya. Aku pernah cerita pasal resdung my hero kat sini. Yang kat Sungai Buluh tu aku google tak jumpa. Yang kat Meru ni sama juga cara perubatan dengan yang kat Sungai Buluh tu........

Apa itu terapi Gurah?? Nak tau sila lah ke pakcik google ya...... akak malas nak explain.......

Kami sampai kat tempat berubat tu dalam pukul 4 petang. Lambat sebab kami sesat nak mencari Jalan Kopi. Berkali-kali menalipon baru jumpa.......
kat bilik rawatan
 en. suami pun buat rawatan terapi gurah ni
 sedang menunggu pak cik tu membubuh ubat kat rongga hidungnya......
 sedang dibubuh ubat ke dalam rongga hidungnya
 lagi gambarnya
 dah mula mengeluarkan segala lendiran
aku tak tunggu kat dalam, sebab takut aku termuntah pula kat situ
 sesiapa yang nak berubat resdung boleh ke situ
alamatnya seperti kat banner tu
 my hero punya banyak keluar lendirannya
kos perubatan kat sini RM30 seorang.

3 ulasan:

  1. first time dengar terapi gurah ni..nak google lepas ni... jalan kopi tu dekat kawasan jalan kebun ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya dekat-dekat situ lah. ada juga ternampak signboard jalan kebun tu. Selalu ke jalan kebun ker?

      Padam
  2. Alahaiii sisi, kalau saya pun ada kat situ saya akan duduk kat luar. Takut tak mampu nak tengok lendir yang keluar banyak tu ;(

    BalasPadam