Dapat info ini dari group Kami Penduduk Nilai.....
Tak tau betul ker tidak
Jika betul, hati2 yea......
Hari tu cerita ini kat Bukit Melati..... Kali ini sang ular pula.......
Makluman berkaitan penemuan ular spesis tedung selar di kawasan rekreasi Bukit Melati,
Untuk makluman beberapa hari lepas terdapat beberapa orang pendaki yang telah menjumpai 2 ekor ular tedung selar berkeliaran di kawasan antara Cobra Hill ke Rope Hill.
Menurut dari group tu penemuan tersebut berkemungkinan besar adalah disebabkan ular tersebut bersarang disekitar kawasan itu
Dah nama tempat pun Cobra Hill, mesti lah banyak or sarang dia kat situ kan???
Pemantauan telah dilakukan oleh pihak Bomba Nilai namun tiada sebarang penemuan terhadap spesis tersebut. Orang ramai dinasihatkan untuk berjaga-jaga ketika mendaki bukit tersebut dan tidak memasuki kawasan yang telah ditanda dengan sawar2 bomba kerana kemungkinan besar sarang haiwan tersebut berada disekitar.
Walaubagaimanapun sebarang aktiviti mendaki di sana tidaklah dihentikan namun perlu berwaspada dan berjaga-jaga.
Allahu. semoga dipermudahkan segala urusan kat situ
BalasPadambahaya ular ni,
BalasPadamserang dlm senyap
Kalau ular tu bersarang dan bertelur mmg dia garang... bahaya tu.
BalasPadamTerima kasih share. Pernah juga nak hiking kat situ. Tapi itulah terfikir juga pasal ni.
BalasPadam