Selasa, 17 Disember 2019

Kisah Di Sebalik Taman Rashidah Utama

Assalamualaikum,
Ahkak copy and paste dari group N9 Radar.....
Banyak kenangan di situ...... 
Ahkak pernah duduk kat Taman ini masa mula-mula bekerja di salah satu syarikat kewangan di Seremban.......... Duduk menumpang rumah mak su di situ...... Masa mak su  dan arwah pak su menunaikan haji ahkak dan arwah nenek duduk situ menemankan anak-anaknya...... 

KISAH DI SEBALIK TAMAN RASHIDAH UTAMA
Malang jika ada peminat muzik rock tempatan yang tak pernah dengar lagu Taman Rashidah Utama. Dari bilik karaoke ke studio jamming sampailah ke cabaran peserta program realiti. Masih lagi relevan dijadikan pilihan walaupun usianya sudah lebih 30 tahun dilahirkan. Lagu yang dimuatkan dalam album Wings yang cover albumnya pernah diparodikan dalam filem Rock Oo. Album apa lagi kalau bukan album Hukum Karma pada tahun 1988.
Durasi lagu selama 7.05 minit itu telah menggabungkan vokal mantap Awie dan solo gitar Joe yang penuh dengan ekspresi kesedihan dalam lagu. Aku sama seperti yang lain dalam scene Zul Kapan bila vokalnya diuji untuk mengisi kekosongan vokalis Rimba Bara. Tergamam bila bait lirik "pertama kali kau ku cinta..." diungkapkan.
Lagu dan liriknya ditulis oleh pengacara, pelawak, pelakon dan kini pendakwah iaitu Saudara Bob Lokman. Teringat dengan ucapan "kumpulan rock tempatan yang merakamkan album inggeris dengan gaya inggeris..." masih lagi segar dalam memori peminat.
Umum tahu bahawa Taman Rashidah Utama ini benar-benar wujud. Sebuah perumahan yang terletak di Senawang kira-kira 10 km dari Seremban. Apahal pula Bob Lokman nak buat lagu pasal taman perumahan ni? Rupa-rupanya lagu ini terinspirasi dari kisah benarnya sendiri.
Bob Lokman ketika berusia lewat 20-an mengenali gadis berusia 14 tahun yang menetap di Taman Rashidah Utama. Beliau mula jatuh cinta padanya apabila gadis ini pernah singgah ke studio bersama rakan-rakannya untuk bertemu kumpulan Wings. Beliau tertarik dengan kecantikannya namun tidak pula dihiraukan.
Sejak itu, Bob nekad untuk menunggu gadis itu tamat zaman persekolahan untuk menghantar rombongan meminang.
Walaupun gadis itu telah menjelaskan tiada perasaan terhadap Bob, rombongan meminangnya tetap diteruskan. Namun, pinangannya tetap ditolak. Lelaki mana yang tak kecewa dan patah hati bila situasi macam ini terjadi. Mungkin sudah tertulis bahawa jodoh Bob bersama orang lain.
Cinta Bob belum lagi terhenti setakat itu. Beliau masih lagi berulang-alik ke Seremban dan melalui kawasan perumahan itu demi melihat gadis yang dicintai walaupun sekejap. Sehinggalah satu hari, beliau berputus asa dengan apa yang dilakukan.
Selepas hujan, Tuhan ciptakan pelangi. Di sini terbitnya hikmah setelah kekecewaan yang dilalui. Bob mendapat ilham untuk mencipta lagu yang kini malar segar dan hits pada eranya, Taman Rashidah Utama.
Kini, masing-masing telah memilih haluan sendiri. Hubungan Bob bersama gadis itu masih lagi kawan baik. Malah, mereka boleh tergelak mengenangkan kisah lalu itu.
Rupa-rupanya, gadis yang dinyatakan dalam kisah ini sebenarnya adalah Aida Aris. Seorang model dan pelakon yang tidak asing lagi di negara kita. Tahniah Bob Lokman, anda sudah pun memenangi hati kami. Hikayat sebuah kubur cinta yang luar biasa.
Taman Rashidah Utama ini memang wujud ya........ Terletak di Jalan Senawang Paroi.  Ada 2 bahagian, 1 dibawah dan 1 lagi di atas.........  Kalau Taman Rashidah bawah tu rasanya tak ada Aida Aris. Mostly kat Taman Rashidah bawah tu semua anak-anak dia orang ahkak kenal...... kawan-kawan berborak bila waktu petang........  Kat belah bawah tu tak banyak rumah.... ada dalam 9 biji kot....... kat belah atas tu banyak rumah....... Maybe Aida Aris ni kat Taman Rashidah atas.......... dan memang masa lagu ini top dulu pun dia orang duk cerita yang bob ini berkenan dengan gadis kat Taman Rashidah atas..........

Top balik cerita Taman Rashidah Utama ni ya since Hardy Mirza bawa lagu ni dalam gegar vaganza 2019 and di promote pula oleh Nabil..........

5 ulasan:

  1. hehe lagu rock kumpulan Wings satu masa dahulu :)

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. Allahu, baru tahu taman ni wujud bila tengok GV tu la. hehe

    BalasPadam
  3. “ku berjalan di dalam hujan,mencari api yang terpadam..namun sudah sekian lama hanyalah gelap gelita”-time berjalan nak usya rumah Aida Aris tu hujan,pastu api rokok bob terpadam.lalu berjalan la bob nk cari sapa ada mancis..tapi hampa..sebab dah malam pastu hujan pulak tu..

    BalasPadam