Assalamualaikum,
Hari Isnin, 1 March 2021 adalah hari pendaftaran my Hero....... Dalam pukul 8 pagi kami gerak dari Bukit Gambir melalui Highway Bukit Gambir Pagoh.......... sampai - sampai kat area Poli tengok kereta dah berbaris panjang.......... Pendaftaran secara Pandu Lalu........ tak turun pun just hulur ajer dokumen-dokumen yang diperlukan mengikut station-station yang disediakan. Hampir 2 jam jugalah kami menunggu giliran........ After selesai semua kat kampus kami diarahkan ke tempat penginapan/hostel dia orang......
Seperti yang diceritakan dalam last entry, lelaki disediakan rumah sewa di Taman Harmoni Vista dengan sewa RM900.00 untuk satu semester. So kami ke sana untuk menghantar barang-barang nya........ Parents tak boleh masuk.......... Hero lah kena kemas sendiri..........
Gambar kat rumah sewanya dah terdelete.........
Dah selesai bawa my hero gi makan kat Pekan Pagoh....... Jauh juga dari rumah sewanya..... Masa hantar My Hero ni, my Putri tinggal kat Hotel sebab dia ada exam pukul 9.00 pagi..... Dah selesai semuanya dan My Hero ada taklimat pukul 2.30 petang (online) so kami gerak balik ke Bukit Gambir.... Masa kat Bukit Gambir ahkak letak lah caption kat Insta Story pasal my hero ini, and tiba-tiba Baby sitter budak-budak ni DM ahkak and tanya ahkak duduk mana? Since dah dekat Bukit Gambir dia kata malam nanti dia datang ambil kat Hotel.......... Malam tu kami dinner kat rumah dia...... Baby sitter ni dulu duduk Nilai dan jaga anak-anak ahkak dari kecil sampai ke darjah 6. Dia lah baby sitter, dia lah transport yang hantar anak-anak ke sekolah juga........ dia tak jaga lagi anak ahkak sebab dia pindah balik ke Bukit Gambir............ Budak-budak happy duduk dengan dia........
Hanya My Putri ajer yang dapat jumpa dia malam tu........... Abang next time lah......... Mama dah tahu rumah emak, nanti senang-senang boleh bawa Abang................
Alhamdulillah..ada kenalan di Bukit Gambir..mesti anak2 gembira jumpa babysitter depa..mesti babysitter terharu tgk dah besar anak2 yg dia jaga..
BalasPadam