Khamis, 15 April 2021

Ke Pagoh

 Assalamualaikum,

Ke Pagoh kami pada 09.04.2021..... Ahkak memandu dari Nilai bersama My Putri. Gerak dalam pukul 1.00 pm. Kerja separuh hari manakala en. suami menunggang motor untuk dihantar ke anak bujang untuk kegunaannya di Pagoh disebelah pagi.... Sempatlah en. suami solat jumaat kat Taman University Hub, Pagoh....

Reason kesana masa isi borang rentas negeri adalah menghantar motor dan mendapatkan tandatangan si bujang tu untuk borang ptptnnya......... Isi untuk balik pada hari Ahad, 11.04.2021 tapiiiiiiii lulusnya sehingga 10.04.2021...... Nak tak nak terima ajerlah........ dah SOP diperketatkan masa tu selepas celebrity, instafamous punya hal lah...........

Sampai kat tol Pagoh kenderaan ahkak kena tahan oleh en. polis.....  kenderaan yang depan-depan ahkak termasuk lori terus ajer, tak ditahan pun........ Whyyyyyy...........  My Putri cakap sebab polis nampak kat dalam kereta ni perempuan ajer....... so gatal lah nak menanya......... tak banyak soal pun cuma tanya dari mana nak ke mana......... Ahkak just hulurkan ajer surat kebenaran merentas negeri yang telah diluluskan oleh Balai Polis Nilai............. and en. polis cakap hati-hati memandu puan......

 
Nampak macam mengcengkam bukan main kuat lagi kat stereng tu........
padahal biasa-biasa ajer
masa pergi ni  banyak kenderaan kat highway.....
seriau ahkak
treler, bas dan kereta memecut ajer.........
terus ke Pagoh ambil en. suami dulu and then ke Bukit Gambir, sebab hotel penginapan kat sana.... si bujang pun ikut sekali ke hotel.......... 

  
 ni kat tealive Bukit Gambir
si bujang nak tea live........
ikutkan kehendaknya, sebab kat Pagoh tak ada...........
 
 
Malam kami ke Bandar Muar untuk makan malam
makan kat benteng tepi sungai berdekatan dengan bus stand Muar.....
selesai makan kita balik ke hotel untuk berehat........
dah tua ini rasa lenguh sangat memandu dari Nilai ke Pagoh.........
kami (ahkak dan My Putri) berhenti rehat kat hentian Bemban masa nak ke Pagoh....
sebenarnya nak berhenti kat R & R Air Keroh, tapi terlepas pula.........
dah lah tak makan tengahari lagi............
kebulur......
nasib kat hentian Bemban tu ada food truck, so beli lah yang ringan-ringan ajer............ 
 
HARI KEDUA 10.04.2021
 
Pagi tu breakfast kat sekitar Bukit Gambir ajer...... simple breakfast sebab tengahari nak gi makan kat Dataran Tanjung Emas, Muar . Selepas breakfast singgah jap kat Pasar Tani kekal Bukit Gambir, beli kerepek.........

Check Out dalam pukul 12 tengahari dan terus gerak ke Dataran Tanjung Emas, Muar.......... Punyalah ramai orang kat Medan Selera, parking pun susah.... kena tunggu....... Hajat nak makan asam pedas telur ikan, hampaaaaaaa............. dah habis...... semua gerai asam pedas ahkak tanya kalau ada telur ikan tapi hampa semua dah habis...... ramai sangat manusia kat medan selera tu........ Jadi kita ambil asam pedan ikan pari dan asam pedas ikan jenahak serta sayur......... gambar-gambar semua tak ada ya.........
 
 sempat snap gambar medan selera ini dari jauh
ini selepas makan
masa kita orang dah habis bayar ada kereta peronda berhenti kat medan selera ni, cepat-cepat ahkak suruh suami dan anak-anak gerak ke kereta sebab kebanyakkan nya tak ikut SOP......  terutama group Family Day tu........ duduk rapat-rapat........ oh ya masa kami kat situ ada satu group baju merah, agaknya Family Day kot kat situ tengah makan.......... SOP kelaut group ini............

 semasa menunggu en. suami merokok, sempat posing dulu.........
My Putri tak nak joint bergambar
 with My Bujang......
Melepas rindu.........
Ramadan ini puasa di perantauan.........
 
 sekeping lagi with My Bujang........
 sekeping lagi.......
lepas lunch terus hantar Si Bujang balik ke Pagoh....
 dalam pukul 4 petang kami gerak balik ke Nilai.........
hujan dalam kereta................
 
kat Highway
OTW balik ke Nilai..........
tapi kali ini en. suami yang drive.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan