Khamis, 16 Mac 2023

First Time Balik Ke Rumah Naik Pengangkutan Awam

 Assalamualaikum,

Dah nak habis belajar dah dan ini kali pertama balik ke Nilai naik pengangkutan awam. Balik during week day sebab ada urusan hendak disettlekan. Kelas masih on lagi itu pun ambil cuti hari Rabu dan mamanya suruh ponteng untuk Khamis and boleh sambung cuti sehingga Sabtu tapi hari Rabu tu Lecturernya call suruh balik juga petang Rabu tu sebab Khamis ada test. Tiket bas tak beli lagi!!!!! Nasib boleh beli online and ada kekosongan lagi.......

Selalunya bila balik kerumah, dia akan tumpang kawannya dan jika cuti panjang dia akan menunggang motornya dari Pagoh ke Nilai......... 

balik atas urusan ini........

naik bas kat Muar
selepas kelas terus ke Muar, bas pukul 4 bergerak dari Muar......
Dari Pagoh kawan serumah hantar

hantar whatsapp kat mamanya, kata dah gerak........

Dah sampai Muar 
bas gerak dari Seremban pukul 2.30 petang
Ayahnya hantar ke Terminal One Seremban, Mama tak dapat cuti...........

Alhamdulillah lulus JPJ Test
haaaaaaaa sekarang ini dia ada kat rumah, poli cuti seminggu
kereta kat rumah tu dikerjakannya
dah riki-riki kat mamanya, nak bawa balik kereta ke Pagoh boleh tak?????
Boleh ajer Abang......... tapi hati-hati tau...........

6 ulasan:

  1. Tahniah dah lulus test jpj
    Panjanglah langkah lepas ni

    BalasPadam
  2. Ammi masa blaja U dulu...mmg dari kali pertama dah naik public transport sbb masa tu mana datangnya kereta nak menjemput bagaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak sekarang, pergi kolej siap ada kereta..... dulu-dulu basikal jer

      Padam
  3. tolong hide detail utk keselamatan. nama penuh ic alamat

    BalasPadam