Rabu, 15 Mac 2023

Kejadian Pecah Rumah Makin Menjadi-Jadi Di Desa Cempaka

 Assalamualaikum,

Isnin malam Selasa baru-baru ini satu kejadian pecah rumah bersenjatakan parang telah berlaku di Desa Cempaka 3 berdekatan dengan Desa Cempaka 2 (Taman Ahkak). Kejadian berlaku dalam pukul 10 malam. Tuan rumah lelaki telah diikat dengan cable tight dan isterinya diacukan parang. Dapatlah si perompak tu mengambil barang kemas, duit dan telefon. Tau kena rompak sebab mangsa datang ke rumah jirannya lebih kurang 10.15 malam untuk meminjam telefon dan memberitahu dia dirompak dan jirannya telah memaklumkan di dalam group WhatsApp Desa Cempaka malam itu juga.........

gambar dirakam dari CCTV
Pakai baju macam PPE dan pelitup muka

Menurut polis 3 sektor kawasan Labu, Gadong, Bandar Baru Nilai dah start panas kes pecah rumah guna senjata parang. Pecah rumah secara random menurut polis........... suspek nampak owner rumah buang sampah tengah-tengah malam, orang baru balik keje tengah malam, tak cite banyak terus acu parang kat leher......... suspek 2 orang masuk taman perumahan, riki-riki jalan bermotosikal, pakai helmet visor hitam....... (Info dari PDRM IPK Seremban)

2 minggu lepas dalam pukul 12 tengah malam kat belakang rumah ada moto lalu berkali2 dan tak syak apa-apa lah......... tapi bila dengar bunyi moto tu ahkak terus on lampu belakang, after that tak ada lalu lagi belakang rumah dan moto tu lalu depan pula but masa tu ahkak dah berdiri depan pintu siap pandang dia orang dan dia terus berlalu...... rasa-rasanya dia riki-riki lah tu.........

Satu lagi tabiat suka buang sampah waktu malam kena lah ditukar ke waktu petang nampaknya......
dan bila en. suami ke surau kenalah kunci pintu rumah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan