Selasa, 27 Februari 2024

Berdua Dengan SiBujang

 Assalamualaikum,

Hari ini Adli off day, so dia call ajak makan tengahari. So kita makan ayam gepuk top global kat Bandar Baru Nilai.


Ambil sambal yang kepedasan nya biasa jer
Tak boleh makan sambalnya sebab pedas ya amat

Kami ambil set B
Siap dengan air sekali

Lepas tu
Mama tambah air ini
Kopi Saigon
Bawa balik office

Balik office
Tengok ada Zus Coffee kat atas meja

Terima kasih Zura
Bawa balik coffee ini.....





Jumaat, 23 Februari 2024

Ada Event Berdekatan Dengan Office

 Assalamualaikum,

Pagi tadi lalu nak ke office ternampak banyak khemah berdepan Kompleks Sukan Nilai. Dekat parking Aminah Hamid Wedding Hall. 

Memang tak tahu khemah untuk apa.... yang terfikir kot untuk bazar ramadhan, tapi tak kan awalnya pasang khemah!!! And then sampai office tanya lah member office yang aktif berniaga kat car bootsale tu dan dia kata ada Makan Fest kat situ bermula dari 23 Februari hingga 3 Mac 2024.....

Habislah duit ini...... Dah lah dekat dengan office...... paling tidak pun keluar makan tengahari.......

Untuk orang-orang Nilai dan sekitarnya marilah beramai - ramai ke Events tu...... Mari sama-sama kita melabur di situ...........


Sekarang ini panas lit lat kat Nilai
so kita singgah waktu balik jer lah......... 
dah redup sikit...........

Dinner With Adli

 Assalamualaikum,

Cerita Isnin malam Selasa.

Dah tinggal berdua ini and Mama moodnya malas nak memasak so kita makan kat luar lah....

Jarang dapat makan luar dengan Adli sebab dia sibuk kerja..... Nak cari duit untuk buat kereta katanya.......

Kita makan kat Adam Western (kalau tak silap nama kedainya) dekat Kota Seriemas, berhadapan dengan Mydin.

dapat snap photo ini ajer
nak snap makanan lain, tangan dah kotor sebab meratah kerang.....

Adli order ais blended keladi
dan ahkak tanya dia, boleh pula minum air keladi?
Kalau Mama masak gulai keladi tak makan pun......

Dia jawab, kalau gulai keladi Mama warna purple, abang makan
ini warna kuning katanya......
hai lah anak.........

Rabu, 21 Februari 2024

TESP

 Assalamualaikum,

Apa itu TESP? 
TESP adalah Tertiary Education Sponsorship Programme di bawah MARA.
Alhamdulillah permohonan Najwa berjaya. Bagi kami yang kurang berkemampuan ini kami accept lah. Ianya beserta elaun bulanan berjumlah RM800 untuk Degree level.

Masa Diploma tempohari elaun bulanannya RM730. Bolehlah buat bayar sewa rumah masa kat Southville dulu.


Dan Alhamdulillah juga bayaran balik masa Diploma yang kami kena bayar hanya 15% sahaja dari jumlah pinjaman MARA iaitu RM5000++  dari RM34,000. Ini kerana CGPA Najwa 3.64.

Mama harap masa Degree Najwa akan dapat meraih pointer lebih dari 3.50. Kalau PTPTN, First Class dah boleh convert ke biasiswa....  but MARA kena bayar sikitlah...

Jadual Kadar Pengurangan Bayaran Balik

Selasa, 20 Februari 2024

Comel Tin Air

 Assalamualaikum,

Comel molek tin air tu
Buat untuk goodies elok sangat
Secretary Dato' VC bagi
185 ml kalau tak silap
Mengimbau kenangan zaman kecil dengan F & N sarsi dan oren di musim raya
Dulu dalam botol besar seperti gambar di tin
Tak ada tin pun lagi masa dulu
Nak raya arwah nenek pasti beli 2 peti
Satu oren dan satu lagi sarsi 

Majlis Persandingan Asyraf Dan Pasangannya

 Assalamualaikum,

Wedding anak adik ipar di Port Dickson. Majlis ini berlansung pada hari pertama tahun baru cina. Kami 3 beranak  jer yang pergi. Adli tak ikut sebab kerja.




Pelamin

Menepung tawar 
Pak Long & Mak Long


Me with Najwa



Kami bergambar bersama adik-adik pengantin
Mak dan ayah pengantin sibuk melayan tetamu 
Najwa dengan sepupunya
 belah ayah




Bergambar dengan waris Kuala Sawah







D I Y

Assalamualaikum,

Petang tadi Adli DIY kereta Mama dan kereta dia.

Sebelum


Selepas

Kereta dia....
Tukar benda ini
Dah tukar dahhhh
Save upah

Ke Mercato, Enstek

Assalamualaikum,

Lunch berdua dengan Najwa di Richiamo, Mercato.... Adli kerja masa ini... so tak dapat keluar sekali manakala en.suami balik kampung. 

Lunch berdua before balik hostel.

Wahhhhh
Dah ada Kenanga coffee kat Mercato
Nanti boleh cuba....

Richiamo bertentang dengan Kenanga coffee

Order kami
Chicken grill untuk Najwa 
Mac & Cheese untuk Mama lah...
Hazelnut Cappuccino untuk Mama 
Untuk Najwa tak ingat air apa....

Selalu kami ke Richiamo Inti
Tapi dah tak beroperasi lagi
So bila teringin nak makan kat Richiamo kena ke Enstek lah.....

Ahad, 18 Februari 2024

Unboxing

 Assalamualaikum,

Barang Adli dah sampai petang tadi
Siap pesan jangan buka
Nanti meletop katanya....
Hahahahaaaa
Macamlah Mama tak tau apa yang dia beli....

Ni haaa barang yang dia beli
Logo Proton
Rear trunk lip boot - ini untuk kereta Mamanya
Damper untuk keretanya
Penutup tank radiator - salah bagi, dapat untuk wira
Nampaknya kena beli lain lah penutup tank radiator tu...

Temuduga Pertama Adli

Assalamualaikum,

First interview untuk Adli. Untuk jawatan QC Food Industry. Kilang di Semenyih.



Dia whatsapp gambar kilang ini....

Minta kawan-kawan blogger doa kan moga Adli dapat diterima bekerja......

Result Semester Akhir Adli Dah Keluar

Assalamualaikum,

Letak sini untuk simpanan ahkak... bukan untuk menunjuk hanya untuk simpanan ahkak... selesai sudah belajarnya.... belum berminat untuk menyambung belajar lagi... nak kerja dulu katanya.... ikut lah nak, Mama tak paksa.

Kita tunggu convocation Adli pula....



Cukup Simple

 Assalamualaikum,

Dinner kami dalam minggu ni, hari apa tak ingat.

Najwa ada kat rumah, cuti mid semester seminggu... so rajinlah dia kedapur dan dia puasa pula... sooo apa yang dia nak makan, dia buatlah... mama bantu sikit-sikit jer...

Sohun masak sup

Ikan goreng

Ulam

Budu
Ini yang buat makan bertambah-tambah

Hidangan makan malam kami yang amat simple....

Rabu, 14 Februari 2024

Jualan Cup Cake By Hospitality Students

 Assalamualaikum,

Hari ini ada jualan cup cake kat kampus by students hospitality. kita support lah..... Jualan Valentine's Day Bake Sale katanya....... silap lah dia orang jual hari ini.... students masih cuti lagi. tak ramai yang ada....... yang tinggal budak-budak dari China jer.....


yang kecil

yang besar

kita beli yang ini
Red Velvet