Rabu, 21 Februari 2024

TESP

 Assalamualaikum,

Apa itu TESP? 
TESP adalah Tertiary Education Sponsorship Programme di bawah MARA.
Alhamdulillah permohonan Najwa berjaya. Bagi kami yang kurang berkemampuan ini kami accept lah. Ianya beserta elaun bulanan berjumlah RM800 untuk Degree level.

Masa Diploma tempohari elaun bulanannya RM730. Bolehlah buat bayar sewa rumah masa kat Southville dulu.


Dan Alhamdulillah juga bayaran balik masa Diploma yang kami kena bayar hanya 15% sahaja dari jumlah pinjaman MARA iaitu RM5000++  dari RM34,000. Ini kerana CGPA Najwa 3.64.

Mama harap masa Degree Najwa akan dapat meraih pointer lebih dari 3.50. Kalau PTPTN, First Class dah boleh convert ke biasiswa....  but MARA kena bayar sikitlah...

Jadual Kadar Pengurangan Bayaran Balik

10 ulasan:

  1. TESP ni ada kursus yang ditaja juga. Tak semua kursus Mara taja. Alhamdulilah dapat ya....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, syukur.,.. teruskan pendakian ke step seterusnya.. semoga Allah mudahkan.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...Tahniah. Sangat membantu dan kurang sikit beban nak bayar semula kan. Semoga terus cemerlang.

    BalasPadam
  4. Tahniah Najwa...belajar sungguh2 ye nak

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Semoga bisa membantu Najwa juga menyelesaikan degree nya. Saya doakan sukses untuk kuliah Najwa yaaa 🤗

    BalasPadam