Assalamualaikum,
Aduh tenang sungguh shopping kat KM Plaza sebelum raya... kalau tidak berpusu-pusu, nak jalan pun payah.....
Isnin baru ini ahkak cuti dan sempat lah ke KM plaza untuk cari baju untuk pergi wedding anak buah sabtu ini. Temanya biru....
Seronok sungguh berada di KM plaza boleh memilih dengan tenang. Kalau nak raya memang selalu kesini tapi serabutlah sebab sesak. Bila dah sesak, tak nampaklah baju yang lawa dan size pun tak ada... Isnin hari tu dapatlah apa yang dihajati....
Najwa tanya berapa kali tawaf dalam KM Plaza tu..... hahahaaa.... selalunya bila shopping raya ahkak akan pusing 2 ke 3 kali baru dapat apa yang berkenan dihati, sampai budak-budak ini merungut lah... tapi hari tu tak sampai satu pusingan pun. Nampaknya tahun ini kena shopping sebelum ramadhan lah.... tak ramai orang.
Lepas tu kami ke Terminal One...
Banyak kedai tutup dah
Lengang jer
25 tahun yang lalu masa kerja Seremban ini lah laluan nak ke bas
Meriah masa tu
Now sunyi sepi
Kat KM plaza lupa nak snap photo
Khusyuk memilih baju....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan