Isnin, 29 April 2024

Bila Anak Bujang Sibuk Nak Mencantikkan Kereta Dia

 Assalamualaikum,

Sebelum


Selepas


Mama lagi suka yang sebelum dia tukar
cantik di mata
ini...........

Tak boleh komen banyak-banyak
duit dia........
kalau duit mama, dah berleter jer...........



Ahad, 28 April 2024

Hari Ini Sana Sini Jammed

 Assalamualaikum,

Najwa nak balik ke Nilai selepas exam nya, sangkut dalam jammed. Adli balik kerja petang tadi pun sangkut dalam jammed... ramai betul orang keluar beraya....

Dari persimpangan Bukit Jalil untuk ke Mex
Jammed kedua-dua arah

Ini kat Kota Warisan
Dah macam orang balik ke Kelantan jammed katanya
Dah stress dia....

Ini kat Mex

Adik hantar gambar 
Jammed juga

Adli pun bising
Member dah lah penat balik kerja
Kena hadap jammed
Kat Pajam

Hari ini mana-mana jalan jammed.....
Besok Ahad sure jammed juga...
Masih ada open house lagi....

Sabtu, 27 April 2024

Sarapan Pagi Sabtu

 Assalamualaikum,

Hari ini sarapan berdua dengan en.suami. Najwa tak balik sebab ada exam hari ini, Adli kerja.....

Kami ke Restoran Jalan Salak....

Mula-mula en.suami ambil lontong
kongsi dengan en.suami 
Sebab kita dah order roti telor 
Lepas tu tengok dia ambil mee goreng pula



Roti telor kita


And sate perut
Kalau kesini breakfast
Mesti order sate perut
Untuk kita juga.....
En.suami tak makan sate perut ini...


Bila Adik-Adik Sekerja Ajak Keluar Lunch

Assalamualaikum,

Walaupun dia orang tau ahkaknya ni sibuk dengan exam, tetap juga nak ajak lunch kat luar. Nasib Jumaat exam start pukul 3 petang, so boleh lah lunch kat luar.... pesan kat dia orang, ahkak kena balik office sebelum pukul 2 tauuuu....







Kami ke ayam gepuk top global

Untuk makluman segala kedai ayam gepuk, ayam gembus, ayam penyek tutup ya pada waktu solat Jumaat...
Nasib kami dapat kat top global.....
Perancangan nya kami nak makan kat ayam gembus, tapi 12.30 dah tutup
So kami keseberang jalan....
Nasib top global  tutup pukul 1 petang

Rangkuman Sarapan Dari Rabu Hingga Jumaat

 Assalamualaikum,

Sibuk sikit dari Rabu hingga Jumaat. Sibuk dengan final exam untuk students NU. Tambah pula rabu hingga jumaat tu exam untuk budak aircraft. Dah memang terbabit lah sebab aircraft bawah pengawasan ahkak. Sarapan pun lambat. Seawal 7 pagi dah sampai office. Dia orang exam start pukul 8.30 pagi. Ahkak mesti ada di dewan pada pukul 7.30 pagi dengan kertas soalan dan juga lecturer yang bertugas....

Sarapan ahkak pada Rabu

Hazelnut latte 
Langgar pantang

Sandwich bakar
Sandwich tuna

Sarapan hari Khamis

Langgar pantang lagi
Nescafe panas kurang manis
Nasi lemak 
Beli kat kantin jer

Jumaat
Sandwich bakar juga
Dengan air suam
Tak sempat ambil gambar
Sibuk sangat...

Selasa, 23 April 2024

Sarapan Dengan Laksa Goreng Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Ada lebihan laksa kat rumah, so pagi ini kita gorenglah...... 
Daripada buang so kita masak lah.... tak banyak bahannya... apa yang ada kat peti ais jer..... 
Laksa goreng ini kegemaran Najwa tapi dia kat hostel......

Laksa goreng dengan air suam
air suam jer, sebab next week nak gi check up........ hehehe......

Isnin, 22 April 2024

Sarapan Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Sarapan ahkak pagi ini


Nasi Impit
Rendang Ayam Cili Api

Rendang ayam cili api request by Najwa. Nak bawa balik ke hostel, nak jamu kawan-kawan biliknya.....  bila buat rendang maka mama pun rebuslah nasi impit untuk dia orang.....
Ada lebihan mama bawa bekal pagi ini......

Alhamdulillah kenyang.........

Selamat Menduduki Peperiksaan Buat Najwa

 Assalamualaikum,




Selamat menduduki peperiksaan buat Ain Najwa. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang peperiksaan. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.


Ahad, 21 April 2024

2 Jam Perjalanan Dari Nilai Ke Shamelin

 Assalamualaikum,

Najwa balik hostel dalam pukul 5.25 pm tadi. Mula nak gerak pukul 5 petang tapi hujan turun dengan lebatnya. So suruh dia tunggu sehingga hujan reda. Hari ini dia balik sorang saja sebab kawan yang selalu tumpang dia tu pagi lagi dah gerak ke KL. Nak teman dia, dia tak kasi... dia boleh drive sorang-sorang katanya....


Whatsapp gambar ini
Jammed sampai Cyber katanya


Hantar gambar ini pula
Masa tu 6.41pm
Jammed dekat Mex


Naik bukit dekat Mex
Merangkak katanya
Jauh lagi nak sampai ke persimpangan Bukit Jalil tu


Alhamdulillah selamat sampai kat hostelnya
7.20 pm
Hampir 2 jam perjalanan dari Nilai ke Shamelin
Jammed teruk hari ini
Kedua-dua arah katanya...

Sabtu, 20 April 2024

Balik Linggi sekejap

 Assalamualaikum,

Hari ini balik ke Linggi sekejap, ada urusan seri paduka baginda...... hehehe...

Kami keluar awal nak mengelakkan jammed kat Rantau. Hari ini kan Tok Mat buat open house.

Tapi sempat lagi singgah rumah MIL, breakfast dulu.... en. Suami saya dah balik semalam so saya suruh dia belikan sarapan kat Nyatoh sebab takut bila kami sampai makanan dah habis.... nasi lemak dan mee karinya sedap... dah beberapa kali try nak sarapan kat situ tapi dah sold out.....

Ini lah gerainya
Tepi jalan Nyatoh Rantau

Dah nak habis baru teringat nak ambil gambar
Nasi lemak kerang
Sambalnya sedap

Mee kari

Lepas sarapan kami gerak ke Linggi

Lalu jer
Tak singgah pun

Shuttle bas ke rumah Tok Mat

Nasib tak jammed teruk

Lepas settled kat rumah Pengkalan Durian
Kami ke kedai Kak Ngah kat Pedas
Beli lauk
On the way balik ke Linggi
Kami singgah dekat Sabak Salai Pedas








Memborong kuih tradisional
Masa ini dah gelap nak hujan...


Singgah Pekan Linggi
Ambil gambar jer
Tak makan pun kat sini
Kami tak pernah makan kat sini since viral


Kami pergi kedai sebelahnya
Pekena cendol kurang manis


Bye bye rumah kampung
Kami lalu jer
Tak singgah 

Rabu, 17 April 2024

Raya Ke Tiga

 Assalamualaikum,

Hari Raya Ke 3 selepas solat Jumaat kami dah tutup rumah Linggi. Balik ke rumah masing-masing. InsyaAllah berkumpul semula pada hari raya haji........

Tapi sebelum balik ke teratak masing-masing, kami pergi beraya ke rumah Mak Cik kami di Pengkalan Durian..........





kuih tradisional
Atas: Kuih Khasidah
Bawah: Kuih Kesirat
Masa zaman remaja dulu, kuih-kuih tradisional ni kita lah yang selalu tolong arwah nenek buat
now kalau orang tanya, resepinya pun kita tak tahu....
Mak Cik pun dah bising, belajar lah buat katanya.......
bukan tak nak belajar, remeh nak membuatnya.......
kita nak yang simple dan senang jer........
jawabnya, beli ajer.... bila teragak........

Selepas beraya kat rumah Mak Cik kami gerak pula ke Kuala Sawah
beraya di rumah Kak Mai, suaminya dua pupu kami.....

Kat rumah Kak Mai kami makan nasi rendang maman
dan ada juga sup dan
ikan siakap beserta ikan masin....


rendang mamannya sedap tak pahit....
beria ahkak dan Yasmin meratah...
tak sangka Yasmin suka rendang maman.......