Sabtu, 6 April 2024

Innalillahi Wainnailaihirojiun

 Assalamualaikum,

Khamis 4 April 2024 kembalinya adik sepupu ku ke negeri abadi, semoga tenang dan damai di sana....

Berusia 44 tahun dan meninggalkan 2 orang cahaya mata yang masih belajar. Anak pertama di tahun akhir dan akan menduduki peperiksaan akhir selepas raya ini. Anak kedua di Tingkatan 3 kalau tak silap.....

Arwah mengidap kencing manis dan masalah buah pinggang. Di saat-saat akhir ada pendarahan dekat otak. 2 hari sebelum tu dalam group whatsapp keluarga, forward by adik sepupu, Lisa menyatakan yang doktor akan cabut life support pada hari Khamis, 4.4.24. So Khamis tu kami berkumpul di rumah Mak Su di Taman Rashidah Utama untuk bacaan Yaasin. After bacaan Yaasin kami ke hospital, tapi sebelum itu Mak Su dan anak-anaknya dan suami arwah telah gerak ke hospital.

Alfatihah buat Sharina Salwa Ramli

Khamis tu kan sepanjang hari hujan. Soooo tanah perkuburan Forest Height ditutup untuk sebarang pengkebumian. Menurut dia orang tanah kat situ tanah tambak dan dia orang (MBS) tak benarkan di kebumi di situ..... tanah kat situ jenis pasir katanya.... Nak kebumi di Jalan Paroi, kawasan baru juga katanya, tak dapat juga... sebab ada juga kematian di kariah situ.... akhir sekali dapat dikebumikan di Rasah, dekat kompleks makam Tuanku Tambusai (Tok Ungku)

Dikebumikan lepas Isyak

Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Taman Guru untuk dimandikan, dikapan dan di solat. Lambat sikit sebab van jenazah sangkut dalam jammed di sekitar Senawang akibat kemalangan maut di hadapan rumah Mak Su. Maut disebabkan pokok tumbang yang menghempap kereta yang sedang lalu di Jalan Senawang Paroi.... kami nak ke Masjid Taman Guru pun kena ikut jalan dalam sebab jalan Senawang Paroi ditutup untuk proses pembersihan.....

Kami berbuka di Masjid Taman Guru
Gambar di atas adalah gambar ibu arwah, (Mak Su kami) yang bertudung hijau beserta dengan kakak-kakak dan adik arwah.....

Yang bertudung kelabu, berbaju hitam itu adalah anak pertama arwah....

Al Fatihah buat Sharina Salwa Ramli

2 ulasan:

  1. Ikut berdukacita kak. Semoga almarhumah diampuni semua kesalahan, diterima amal ibadah selama hidup, diterangi kuburnya selalu.

    Anyw, saya langsung penasaran baca plang di atas. Tok ungku, pahlawan nasional Indonesia?. Serius saya baru dengar namanya. Jadi nak browsing segala sesuatu hal ttg beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Fanny, Tok Ungku adalah palawan national Indonesia dan dikebumikan di Rasah, Negeri Sembilan.

      Padam