Sabtu, 6 April 2024

Pokok Tumbang Di Taman Rashidah Utama

Assalamualaikum,

Kejadian pada hari Khamis, 4.4.2024 ketika kami berkumpul dirumah Mak Su kerana kematian anak ke 3 nya.

Tiba-tiba dengar bunyi dentuman yang kuat kat depan tu... ingatkan kereta bertembung... sebab kat situ kan korner dan orang selalu memandu dengan lajunya kat situ.  Dan kawasan itu adalah boleh dikatakan kerap berlaku kemalangan maut...

Bila kami keluar tengok pokok yang tumbang dan menghempap kereta viva putih yang sedang lalu....



Kami sibuk menalipon bomba
Call bomba Senawang dan Paroi
Biasalah banyak soal jawabnya dulu
Orang tu dah nazak
Dahan kayu tu hempap betul-betul kat kepalanya

Bomba Senawang yang sampai dulu


Dari Senawang 
Itu pun sangkut dalam jammed
Geramnya tengok pemandu yang tak mahu beri kerjasama pada bomba


Pemandu tu dah meninggal ya



Ini adalah kejadian kali ke 2 pokok tumbang di Taman Rashidah Utama
Dan ada 4 ke 5 batang pokok lagi menunggu masa untuk tumbang
Kali pertama dalam 4 bulan yang lepas, pemandu tu selamat
Hanya luka sahaja
Kali ke 2 ini meninggal di situ

2 hari yang lepas, ada juga kejadian pokok tumbang di Taman Mawar, Senawang
Hempap motor dan meninggal juga

Majlis Bandaraya Seremban buat apa ya
Padahal pejabat MBS dekat jer








3 ulasan:

  1. Patutnya pokok2 besar dan tinggi di tepi jalan perlu ditebang untuk mengelakkan kejadian seperti ini

    BalasPadam
  2. innalillahiwainnailaihirojiunnn.. Allahuakbar, sedihnya terasa... :(

    BalasPadam
  3. Ya Allah, sedihnyaaaa. Maut betul2 tak ada yang tahu yaa . Sedang lewat pun siapa menyangka pohon akan tumbang 😭.

    BalasPadam