Ini cerita sebelum Raya Haji. Hero aku pergi dinner anjuran sekolahnya di Dewan Sekolah SRAI Salak Tinggi..... aku tak pergi.... kan pada sebelah siangnya aku pergi berurut sebab tangan aku sakit tak boleh nak angkat.... dalam sakit-sakit tangan tu kena juga pergi menghantar hero aku ke sekolah coz en. suami balik lewat masa tu.......
hanya dapat snap gambar-gambar yang kat atas tu ajer..... gambar dia tengah makan dan dapat lucky draw tak ada coz aku tak tinggalkan kamera kat dia...... takut hilang.......
Selasa, 6 November 2012
Dari Laman Web MOE
KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012
KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012
Khamis, 1 November 2012
Lunch aku hari ni
Hari ni aku lunch kat luar... selalunya kat kantin campus ajer. hari ni ada orang ajak naik kereta barunya..... baru seminggu keluar.... so hari ni kita orang gi makan tengahari kat Jalan Salak...... bukan kat RN Teguh ya..... depan sikit dari RN Teguh, berhadapan dengan Taman Salak Permai....... ala kedai yang ada jual coconut shake tu....... Macam-macam lauk ada, lupa pulak nak snap gambar..
nilah kereta baru lecturer tu.........
aku ambil lauk gulai ikan patin and ulam-ulaman beserta sambal belacan... Pn. Yan kita ambil ikan bakar dan sayur-sayuran.......
inilah owner kereta tu..... terima kasih kerana sudi bagi aku naik kereta baru hang dan sudi menaja makan tengahari aku......terimakasih daun keladi kalau ada masa lagi kita pergi makan kat kedai tu ya...... sedaplah lauk-lauk kat situ dan cicah ikan bakarnya pun sedappppp
sebelum balik ke office aku tapau dulu coconut shake.......
Makan-Makan @ KFC Bandar Baru Salak Tinggi
Kembali bersiaran setelah bercuti bersiaran selama beberapa hari. Cuti sebab kebizian yang melanda, menyiapkan documents for FLC end of this week. baru dapat bernafas balik hari ni..... hehehe...... Sabtu hingga Isnin ni akan berkampung di Nilai Spring Resort Hotel pulak........
Ini cerita sebelum Aidil Adha..... masa aku cuti sebab tangan sakit.... disebabkan tangan omak dah sakit, nak masak pun tak boleh, so tengahari Jumaat tu bawa anak-anak tercinta makan kat KFC ajer........ balik dari sekolah terus ke KFC Salak Tinggi. Aku suka ke KFC Salak Tinggi sebab tak ramai orang...... cepat dapat makanan and tak perlu nak beratur panjang......
Rabu, 24 Oktober 2012
Coconut Shake @ Jalan Salak
Akhirnya dapat aku mencuba coconut shake kat Jalan Salak ni, walaupun hari-hari aku lalu jalan ni untuk menghantar anak-anak bertuah ke sekolah, hanya Jumaat lepas ajer aku dapat singgah untuk mencubanya........ Sedaplah di tekak aku...... harganya RM2.50 segelas.... Kepada sesiapa yang duduk area Nilai and Salak, gerai ni terletak betul-betul berhadapan dengan Taman Salak Permai.... alahhhh, yang kat tepi jalan situ selalu ada orang jual durian.......
sign boardnya kecik ajer..... ni pun anak-anak aku yang perasan.........
inilah ruponya coconut shake tu.......
sure kau orang tau kan kat mana tempatnya? Sebelum traffic light nak ke B.B. Salak Tinggi and Jenderam...... selain coconut shake gerai tu juga ada jual nasi campur waktu tengahari and surelah kedainya memang senantiasa ramai orang...... menjadi tumpuan kat area situ.... aku belum try lagi makanan tengaharinya sebab ramai sangat pengunjungnya......
Isnin, 22 Oktober 2012
Tuan rumah tak sihat - sakit tangan yang amat sangat
Hari Jumaat lepas aku terpaksa ambil cuti sebab dah tak tahan sangat sakitnya tangan kanan aku........ tak boleh nak angkat, seksanya bila nak pakai baju, sikat rambut, nasib baiklah en.suami dan anak-anak menolong......... hari Jumaat tu aku dah datang ke office tapi tak tahan sakit sangat terus jumpa boss minta cuti..... cuti sebab nak berurut.... sebelum tu pada hari Khamis aku dah pergi ke klinik panel. Kena cucuk dan dah makan ubat tahan sakit tapi tak elok jugak....... Mula-mula aku ke Desa Vista kat kakak yang selalu juga aku pergi berurut, tapi sayang dia tak ada pula, ke Kelantan coz anaknya convocation and then aku terus ke Jalan Salak, kat area kedai makan Sunita tu, ke rumah Che Som, memang mengurut orang beranak pun dia tak ada........ oleh kerana dah tak tertahan sakitnya aku terus ke Enstek kat Thai Massage tu (ownernya orang islam ya!!) terus berurut kat situ....... sakitnya ya Allah, rasa aku nak tendang ajer orang yang mengurut tu...... aku suruh dia urut pelahan-lahan dia buat tak tahu ajer...... dia cakap urat dah bersimpul, bengkak-bengkak dik angin.......
sebelum berurut kena cuci kaki dulu..........
Majlis Pertunangan Akmal - Part II
Kita sambung balik n3 pasal majlis pertunangan Akmal ni.... Lepas kenduri kat rumah Abang aku yang sulung kat Serting kita orang terus balik ke Nilai.... around 11pm jugak baru kita orang gerak dari Serting.... dan keesokkan harinya pula kita orang pergi menghantar..... ikut rombongan dari Serting...... kami hanya menunggu rombongan dari Serting ni kat Masjid Sepang ajer........ Lebih kurang 8 biji kereta jugak yang menghantar rombongan pertunangan ni...... dah macam majilis kenduri kahwinlah pulak....... ramai yang menghantar........
ini masa kat Masjid Sepang.........
ini kat belah perempuan... sedang tekun mendengar perbincangan pihak perempuan....
2 bentuk cincin disarung pada jari tunang Akmal oleh kakak ipar aku......
antara barang-barang hantaran
antara menu kat belah perempuan.....
InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, majlis perkahwinannya akan berlansung pada bulan June tahun 2013.... Selamat bertunang buat anak buah ku Akmal..........
Langgan:
Catatan (Atom)




