Selasa, 29 Oktober 2019

Cerita My Putri: Hari Graduasi Tingkatan 5


Assalamualaikum,

Ini cerita my Putri. Sekolahnya telah menganjurkan Majlis Graduasi Selangkah Ke Menara Gading pada 23.10.2019 di Nilai Spring Resorts Hotel, Nilai.

Maaf ya Adik, mama tak dapat attend majlis ini sebab semalamnya mama dah bercuti kerana urusan di HTJ. So Rabu tak akan nak ambil cuti lagi kan!!!! Nanti ada pula yang memekak, asyik cuti ajer katanya nanti.......

Selalu-lalunya SMKDC akan membuat majlis Graduasi ini pada hari Sabtu tapi kali ini entah kenapa pula pihak sekolah buat pada waktu bekerja. Dengar cerita dari anak hanya 30 orang parents sahaja yang hadir........... Lagi pun pihak sekolah mengenakan bayaran RM70 seorang untuk parents yang nak hadir. Anak dah di charge RM70. So total kalau nak pergi is RM140.00, itu kalau omak ajer nak pergi, kalau bapaknya juga nak pergi total untuk melihat graduasi Tingkatan 5 ialah RM210.00.  Tak apalah adik mama pergi masa adik tamat di Institusi Pengajian Tinggi nanti. Doakan mama panjang umor dan sihat selalu ya sayang.............





Sorry gambar tak berapa clear. Someone yang post gambar ini kat dia....... Gambar dia sorang pun tak ada........

Rabu, 23 Oktober 2019

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Result hospital dah keluar........  ceritanya kat sini............  Alhamdulillah.....
Doc cakap ianya bukan kanser....... ianya hanya Fibroadenosis..........

Apa itu Fibroadenosis?

Fibroadenosis (penyakit payudara Fibrocystic) adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara menyebabkan payu dara rasa berketul dan kadangkala boleh terasa sakit....

In my case tak ada pun rasa ketulan kat payu dara dan waktu diperiksa oleh Doctor dengan menggunakan tangannya pun (doctor perempuan ya) tak dapat rasa ketulan itu dan alhamdulillah tak ada rasa sakit pun....... Mungkin belum rasa sakit lagi kot sebab ketumbuhan ini tak sampai 1 cm pun...... Ahkak dapat tahu adanya ketulan ini masa buat mamogram yang ditaja oleh LPKKN. Since kat mamogram film tu nampak macam tak elok, Doc kat Nilai Medical suruh buat ultrasound pula. Ultrasound ini pun ditanggung oleh LPKKN.

Dari bacaan ahkak ketulan itu mungkin perlu dikeluarkan pada suatu masa jika terdapat perubahan pada saiz ketulan atau ketulan itu masih dapat dirasai. Ketulan fibroadenoasis jarang bertukar menjadi kanser. Ini berkali-kali ahkak tanya kat Doctor, sampai Doctor tu cakap jangan risau puan. Ini bukannya kanser. Mau tak risau beb........

Dari bacaan ahkak juga yang ketulan fibroadenosis secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser. Pemeriksaan klinikal payudara sendiri secara berkala adalah dinasihatkan untuk mengesan perubahan pada payudara diperingkat yang lebih awal.

Doctor kat GH suruh buat another mamogram under GH pula in April 2020..... If tak ada apa-apa, will discharge...........

Doakan semuga ahkak dijauhkan dari penyakit yang merbahaya ini dan sihat selalu..........

Isnin, 21 Oktober 2019

Cerita My Hero: Aktiviti Amalinya

Assalamualaikum,

Cerita My Hero lagi.........

Kali ini aktiviti amalinya............ Amali pemprosesan konfeksionari menghasilkan produk biskut berdasarkan kaedah Mould dan Bar......... Antara biskut yang dihasilkan adalah:

Biskut Oreo
Biskut Marble Shortbread



Ini maybe groupnya kot........





Ini lah hasil nya........

Hmmmmm nampak sedap
kecur air liur mamanya

Rasa-rasa dia nak tak buat masa cuti semester nanti?
Jawapannya nanti: Manis lah mama, mama mana boleh makan manis-manis......
Nak potong kaki ker katanya nanti..........

Hati-Hati Hiking Kat Bukit Melati Nilai

Assalamualaikum,

Hari ini kat FB penuh dengan gambar dan cerita di bawah tu...... Menurut penulisnya kat Bukit Melati, Nilai...... Tumpang selfie....
Ada entiti kat belakang tu......... Actually ada gambar yang di zoom, tapi tak save lah .............. Nak tengok gi lah kat group Kami Penduduk Nilai..........

Pada warga Nilai dan sekitarnya yakni yang selalu hiking kat Bukit Melati tu berhati-hati je la.........  Mana-mana pun ada............

Siapa atau apa kat belakang tu jangan di ganggu kawasan penempatan mereka ini. Makhluk ini memang wujud.

Masuk hutan tu biar beradab. Jaga aurat, jaga percakapan InsyaAllah akan baik-baik sahaja. Kita tumpang lalu jer untuk bersenam untuk menjaga kesihatan kita. Jangan lebih-lebih......

Tapi ada juga Netizen-netizen yang mengatakan gambar ini diedit. Wallahu A'Lam..........

Jumaat, 18 Oktober 2019

Sg. Gadut Banjir

Assalamualaikum,

Hujan lebat petang semalam menyebabkan area Sg. Gadut banjir dan dah tentulah jalan dari Sg. Gadut ke Rantau tu pun tenggelam terutamanya kat area kubur india yang berhampiran sekolah SDAR tu..... Zaman ahkak bekerja di Seremban dan berulang alik ke kampung kalau hujan lebat sure tersangkut kat situ.... menung dalam bas nunggu air surut.........

Ini kat KTM Sg. Gadut....




foto dari kawan-kawan..............

Khamis, 17 Oktober 2019

Cerita My Hero: Aktiviti Simulasi Jualan Perniagaan Siri Ke3

Assalamualaikum,

Cerita My Hero ya.........

Aktiviti Simulasi Jualan Perniagaan Siri Ke3. Tema berniaga kali ini "Street Food".
Ini dia punya flyer mempromosikan makanan yang dijual........
pubg kau dia punya gambar.......
Tekun.......
As usual call mamanya minta modal..........
Ya lah masih belajar lagi kan....... Mana ada incomenya.........
Ambil pengalaman dan kemahiran........

Selasa, 15 Oktober 2019

Cerita My Putri: Good Luck For Your Exam

Assalamualaikum,

Hari ini bermulanya paper SPM my putri. Paper Seni Visual Kertas 1 perbagai aneka pilihan, maksudnya objektif lah ya.......... Paper Seni Visual ini start pukul 11.15 pagi dan berakhir pada pukul 12.45.

Actually SPM dah start semalam......... Hari ini adalah hari kedua SPM. 

Lepas paper Seni Visual ini my putri akan ada paper balik pada 4 November.   Kertas BM, kertas wajib lulus tu...........
Good luck sayang........
jawab dengan tenang jangan gopoh gapah......

(Rentetan Perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, kekuatan Asmaul Husna)

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid 40x
Bicara Hati
Semoga Allah kurniakan kebijaksanaan ke dalam minda Tengku Ain Najwa  agar Tengku Ain Najwa dapat menjawab dengan baik....

Allahumma 1x
Ya Zohir 40x
Bicara Hati
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku Tengku Ain Najwa kerana Kau Maha Menampakkan

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Bicara Hati
Ya Allah bukakanlah minda anakku Tengku Ain Najwa seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul

Allahumma 1x
Ya Baari 40x
Bicara Hati
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku Tengku Ain Najwa hanya kepadaMu utuk kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang anakku Tengku Ain Najwa exam ini Ya Allah. Kau aturkan otak dan minda juga jari jemari anakku Tengku Ain Najwa untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi
Aku Yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah, aku tiada daya......

Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Alamiin.......