Ahad, 14 April 2024

Raya Pertama

 Assalamualaikum,

Hari Raya Pertama kami.

Lepas solat raya kami gerak balik Kuala Sawah. Kali ini kami ke Kuala Sawah belah pagi sebab Najwa nak jumpa sepupunya sebelum sepupunya balik beraya di Kedah petang raya pertama tu. En. Suami sembahyang raya di Masjid Kuala Sawah... dalam 7.30 pagi dia dah gerak ke Kuala Sawah dan tunggu kami disitu.


Najwa dengan sepupunya




Kami tak lama kat Kuala Sawah
Sebelum Zohor dah balik Linggi
Menunggu ahli keluarga sampai 




Kat Linggi

First time Pak Tam bagi duit raya kat anak-anak buah dan sepupu sepapat yang belum bekerja....
Buat kenangan ini
Moga Pak Tam dimurahkan rezeki....




Preparing Juadah Hari Raya

Assalamualaikum,

Hari Selasa, 9.4.2024 baru kami merendang, merebus nasi impit, kuah kacang. Cukup panas hari tu... tak larat sebab masih batuk lagi tapi kena buat lah juga... 

Yang ini rendang daging sahaja
Tak campur
Sebab Adli dan anak buah yang lain ada tak makan organ dalaman
Ada juga rendang campur... paru, limpa dan hati tapi tak snap gambar lah pula

Nasi impit

Kami ada juga Laksa 
Prepare by adik ipar
Sedapppp
Pun tak sempat snap gambar
Sibuk melayan tetamu

Kami ada juga order sate

Sabtu, 13 April 2024

Hari Mantai

 Assalamualaikum,

Isnin, 8.4.2024 baru kami nak cari daging. Kami pergi ke Pekan Salak lama. Kami beli kat sini ajer before balik kampung. Kat Pekan Salak Lama pun ada pesta mantai...

Ada macam-macam jualan selain daging
Segala keperluan untuk raya ada di jual di sini
Selesai membeli daging kami ke gerai santan pula

Beli santan kat sini...
Selesai segala keperluan untuk merendang beli di Nilai
Nanti kita merendang di Linggi.

Sabtu, 6 April 2024

Pokok Tumbang Di Taman Rashidah Utama

Assalamualaikum,

Kejadian pada hari Khamis, 4.4.2024 ketika kami berkumpul dirumah Mak Su kerana kematian anak ke 3 nya.

Tiba-tiba dengar bunyi dentuman yang kuat kat depan tu... ingatkan kereta bertembung... sebab kat situ kan korner dan orang selalu memandu dengan lajunya kat situ.  Dan kawasan itu adalah boleh dikatakan kerap berlaku kemalangan maut...

Bila kami keluar tengok pokok yang tumbang dan menghempap kereta viva putih yang sedang lalu....



Kami sibuk menalipon bomba
Call bomba Senawang dan Paroi
Biasalah banyak soal jawabnya dulu
Orang tu dah nazak
Dahan kayu tu hempap betul-betul kat kepalanya

Bomba Senawang yang sampai dulu


Dari Senawang 
Itu pun sangkut dalam jammed
Geramnya tengok pemandu yang tak mahu beri kerjasama pada bomba


Pemandu tu dah meninggal ya



Ini adalah kejadian kali ke 2 pokok tumbang di Taman Rashidah Utama
Dan ada 4 ke 5 batang pokok lagi menunggu masa untuk tumbang
Kali pertama dalam 4 bulan yang lepas, pemandu tu selamat
Hanya luka sahaja
Kali ke 2 ini meninggal di situ

2 hari yang lepas, ada juga kejadian pokok tumbang di Taman Mawar, Senawang
Hempap motor dan meninggal juga

Majlis Bandaraya Seremban buat apa ya
Padahal pejabat MBS dekat jer








Innalillahi Wainnailaihirojiun

 Assalamualaikum,

Khamis 4 April 2024 kembalinya adik sepupu ku ke negeri abadi, semoga tenang dan damai di sana....

Berusia 44 tahun dan meninggalkan 2 orang cahaya mata yang masih belajar. Anak pertama di tahun akhir dan akan menduduki peperiksaan akhir selepas raya ini. Anak kedua di Tingkatan 3 kalau tak silap.....

Arwah mengidap kencing manis dan masalah buah pinggang. Di saat-saat akhir ada pendarahan dekat otak. 2 hari sebelum tu dalam group whatsapp keluarga, forward by adik sepupu, Lisa menyatakan yang doktor akan cabut life support pada hari Khamis, 4.4.24. So Khamis tu kami berkumpul di rumah Mak Su di Taman Rashidah Utama untuk bacaan Yaasin. After bacaan Yaasin kami ke hospital, tapi sebelum itu Mak Su dan anak-anaknya dan suami arwah telah gerak ke hospital.

Alfatihah buat Sharina Salwa Ramli

Khamis tu kan sepanjang hari hujan. Soooo tanah perkuburan Forest Height ditutup untuk sebarang pengkebumian. Menurut dia orang tanah kat situ tanah tambak dan dia orang (MBS) tak benarkan di kebumi di situ..... tanah kat situ jenis pasir katanya.... Nak kebumi di Jalan Paroi, kawasan baru juga katanya, tak dapat juga... sebab ada juga kematian di kariah situ.... akhir sekali dapat dikebumikan di Rasah, dekat kompleks makam Tuanku Tambusai (Tok Ungku)

Dikebumikan lepas Isyak

Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Taman Guru untuk dimandikan, dikapan dan di solat. Lambat sikit sebab van jenazah sangkut dalam jammed di sekitar Senawang akibat kemalangan maut di hadapan rumah Mak Su. Maut disebabkan pokok tumbang yang menghempap kereta yang sedang lalu di Jalan Senawang Paroi.... kami nak ke Masjid Taman Guru pun kena ikut jalan dalam sebab jalan Senawang Paroi ditutup untuk proses pembersihan.....

Kami berbuka di Masjid Taman Guru
Gambar di atas adalah gambar ibu arwah, (Mak Su kami) yang bertudung hijau beserta dengan kakak-kakak dan adik arwah.....

Yang bertudung kelabu, berbaju hitam itu adalah anak pertama arwah....

Al Fatihah buat Sharina Salwa Ramli

Rabu, 3 April 2024

Dah Orang Beri

 Assalamualaikum,

Dah orang beri.....
kita terima jer......
Pemberian dan PA Dato' VC
Suaminya aktif berpolitik kot........

Terima kasih daun keladi
haaaa sambung lah ya.........

Selasa, 2 April 2024

Berbuka Di Linggi Dan Sambutan Birthday Selepas Solat Tarawih

Assalamualaikum,

Hampir seminggu tak kemaskini blog sebab kesihatan tak mengizinkan.... Ini pun tak berapa sihat lagi... Minggu ini 2 hari MC........

Ok kita sambung cerita berbuka di kampung. Potluck style. 6 keluarga ada manakala 2 keluarga lagi tak dapat joint..... Mak Su anak beranak semua ada....... Masa ini badan dah tak larat sangat.....

Anak - anak bujang sedang prepare air macam KA

Kelepung from Taman Rashidah Utama
Sate

Mee goreng

Sandwich

hidangan kami pada malam tu....



Lepas tarawih, sambutan hari lahir pada yang lahir bulan March

My hero and Mak Ngah Lisa nya.....





Jauh kek ini datang
di datangkan khas dari Ampang, KL
Kek ini bukan request dari birthday boy tau...
kek ini request by Mak Ndak nya
nak kek macam birthday kau dulu yang di sponsor oleh Mak Ngah Itanya.......


Kita tepek lagi gambar kek
RM220 untuk sebuku kek itu......
Mak Ndaknya yang request mama ikutkan jer....... kang kempunan pula.......