Rabu, 6 Julai 2011

Cuti Israk & Mikraj

29hb. June yang lalu ialah cuti umum bagi Negeri 9, sebabnya ialah hari Israk dan Mikraj.... Aku dah plan one day before public holiday, lepas hantar anak-anak ke sekolah, nak sambunglah balik tido, sebab Selangor tak cuti (anak-anak aku bersekolah di Selangor dan Mr. Hubby also kerja kat Selangor). Ingat kan on that day, I'm alone...... boleh relek sakanlah.......... Tapi apakan daya, rupa-rupanya sekolah anak-anak aku ambil cuti peristiwalah pulak..... so anak-anak bertuahku pun bercutilah juga pada hari tu....... Bercutilah kita tiga orang (Mr. Hubby kerja).

Rupa-rupanya Putri ku tu dah ada planning nya, dia berbincang dengan abangnya nak suruh aku bawa dia orang pergi ke Wet World Shah Alam, siap depa dah bertanya kat ayahnya, boleh tak mama bawa kita orang gi Wet World Shah Alam and Mr. Hubby cakap bolehhhhhh....... Bila Putriku dengar ayahnya kata boleh aja, maka dia pun merengek ajak aku pergi ke Shah Alam.... Macam-macam alasan aku bagi pada dia....... aku cakap tak berani mama nak drive masuk Shah Alam, kereta laju-laju, nanti dia orang horn, mengelabah mama...... aku juga cakap kat putriku yang aku tak tau jalan ke Wet World tu....... Putri aku cakap, dia boleh bacakan sign board, mama drive aja...... Peninggggg aku dibuatnya......

Oleh kerana aku malas nak ke Shah Alam, Mr. hubby suggest, suruh aku bawa anak-anak bertuahku ni ke Wet World Pedas aja....... Tapi oleh kerana tahap kemalasan nak memandu, aku createlah alasan......

Last-last, aku suruh dia orang swimming aja kat depan rumah........ Bila dia orang dapat green light untuk swimming kat depan rumah, apa lagi berendam sakan lah dia orang dalam pool plastic tu......Habis lecak dibuatnya...... Nak marah tak boleh, sebab aku yang benarkan dia orang berendam kat situ.............


Isnin, 4 Julai 2011

Makan-Makan @ Wong Solo

ini gambar 2 minggu lepas, makan-makan @ Wong Solo.....




Dataran Nilai

Lepak-lepak @ Dataran Nilai.... Actually nak gi tengok banner mengenai konsert Wali Band yang akan diadakan di Nilai, somewhere in July....... sebab belah siang masa aku tengah memandu, aku ada terpandang banner mengenai Konsert Wali Band ni di pasang di area round about Majlis Perbandaran Nilai....... tak sempat nak baca, so malamnya ajak Mr. Hubby gi kat area MPN tu, nearby to Dataran Nilai...... Konsert ni akan diadakan di Stadium Tertutup Nilai. Tiket yang paling murah berharga RM50.00, tapi jumaat lepas, masa gi Pasar Malam Cempaka Puri, dia orang jual RM25.00 aja..... discount 50% dia orang cakap......

Jumaat, 24 Jun 2011

Koleksi Novelku

Baru ada tiga novel dalam simpananku. Ini pun tak tahu macam mana boleh minat nak membaca novel pula...........

Kalau dah jadi ulat buku nanti kopaklah duit aku, asyik nak beli novel aja............... haruharu..............

Tak apa, demi nak menanamkan minat membaca pada anak-anak bertuahku, aku sanggup sama membaca. Rajin-rajinlah membaca ya anak-anak bertuahku, bukannya jadi simpanan dalam almari buku-buku cerita yang ibu beli untuk kamu berdua ataupun just ambil nama authornya saja untuk projek Nilam Sekolah kamu................

Melalutlah pula........... Balik kepada koleksi novel aku ini, the first novel yang aku ada/baca ialah Bidadari Hujan. Penerbitnya Jemari Seni. Novel ni pun aku dapat free.... Free sebabnya penulis novel Bidadari Hujan ini adalah adik ipar ku... Walaupun dah lama bagi padaku, baru bulan Januari ini ada kesempatan untuk membacanya, itupun aku baca novel ini kat klinik, sementara menunggu giliran aku dipanggil oleh doktor, aku bacalah novel..... taklah sakit hati menunggu lama.........

Lepas dari inilah, minat untuk membaca novel menjadi-jadi pula................

Tadi, waktu lunch hour aku gi popular book, terbeli pula M. A. I . D. Popular ada bagi diskaun. Kalau ikut harga asalnya RM26++, selepas diskaun dapat RM18++, so tangkaplah novel ni, walaupun belum gaji lagi................

Khamis, 23 Jun 2011

Ziarahi Pak Cik and Mak Su

After wedding Rafiq, OTW back tu, kita orang singgah kat rumah Pak Cik aku yang kat Paroi Jaya (satu lorong aja dengan rumah pengantin, parents pengantin ni besan Pak Cik aku). Kenalah singgahkan, sebab dah jumpa dia orang kat rumah orang kahwin. Kalau tak singgah kang, ada orang kata tak kenal sedara mara.................

Adli with Khalish

Kita orang gerak dari rumah Pak Cik dalam pukul 6.00 petang. Lama jugak aku kat rumah dia. Lama kat rumah dia sebab Adli pergi ke Stadium Paroi (depan rumah Pak Cik aku) tengok skuad bola sepak N9 berlatih. Suka bangatlah Adli dapat jumpa si kembar (Zaquan & brothernya).

Lepas tu, kita orang singgah pula kat rumah Mak Su aku kat Taman Rashidah Utama. Kalau tak singgah kang bising pula dia..... Nanti dia akan cakap, sedara mara aku ramai kat Giant, Senawang...... Rumah dia tak nak singgah, Giant boleh pula singgah!!!!!!

Najwa with Rifqi


About 9.00 p.m. baru kita orang bertolak balik ke Nilai. We all dinner dulu kat rumah Mak Su. Thanks to Adda kerana masak kan dinner untuk we all. Sedaplah ikan parang masak sambal tu.... teringat pada arwah Nenda ku Hajjah Hasnah Taib. Arwah Nenda ku memang suka masak sambal ikan parang ni........ Kalau balik kerja (zaman single dulu), turun aja bas, terus menuju ke dapur, makan nasi dengan sambal ikan parang, oh besttttttnyaaaaaa........ Al Fatihah buat arwah.......

Sunday nya pula, anak-anak bertuahku ajak gi Kajang, nak jumpa Imran and Yasmin kata dia orang....

budak bertuah ni langsung tak nak kat aku... puas aku umpannya......

Rabu, 22 Jun 2011

Ayam Goreng Tepung

Lepas balik dari Teluk Intan tempohari (masa cuti sekolah) aku mencuba menggoreng ayam goreng tepung menggunakan tepung yang diberi oleh Biras aku. Biras aku sekarang ni membuat produk/menjual tepung untuk menggoreng ayam, sotong, udang, ikan (bersalut tepunglah). Boleh tahan juga rasanya macam makan ayam KFC pulak.... Anak-anak bertuahku cukup suka, kalau boleh mama goreng tepung hari-harilah, kata dia orang.....

ni rupa tepungnya, yang telah dipack....





yang di dalam pinggan tak sempat nak snap gambar...... dah habis diratah oleh anak-anak bertuahku...... Satu ekor ayam tau, aku buat goreng tepung.....

Aku ada juga cuba pada Sotong (sorry, gambar tak ada, sebab anak-anak bertuahku dok meratah aja, tak sempat nak snap gambar sotong goreng tepung). Sedappppppp...

Kenduri Kahwin Rafiq

Ini kenduri kahwin adik Zadza, one of the lecturer kat NUC. Actually, Zadza ni pun ada kena mengenalah dengan we all....... Zadza ni adalah menantu Pak Cik aku yang duduk kat Paroi Jaya tu. The only Pak Cik yang tinggal belah arwah emak aku.....

Wedding ni last Saturday, mula-mulanya aku malas nak pergi, ingat nak berehat aja kat rumah, tapi Mr. hubby aku cakap, tak baik, orang dah jemput, mesti pergi katanya..... Melepas nak berehat sakan, golek-golek kat rumah, huhuhu......... Sorrylah, tak ada gambar pengantin, gambar yang ada ni pun ehsan dari kawan-kawan yang hadir pada majlis tu.... Aku tak ada mood nak snap sekeping pun gambar...... panas bangat masa ni.....