Jumaat, 14 September 2012

Kisah Adli

Assalamualaikum. Kembali bersiaran setelah tiga hari bercuti. Tak sangka pulak aku ramai kat office aku ni merindui aku (perasan sekejap)..... masuk-masuk ajer kerja dia orang duk serbu meja aku and cakap mana akak pergi, miss you, lamanya akak cuti dan berbagai - bagai persoalan lagi. Tak larat aku nak menjawabnya..... Baru tiga hari aku bercuti dah dia orang merindui, belum lagi ambil cuti 2 minggu....... boss aku pulak hari-hari duk call aku, tension mak di buatnya....... sebelum aku bercuti semuanya dah aku siapkan.... tak ada overdue..... benda remeh temeh pun nak call..... pening  pening......
oklah dah melalut pulak aku, padahal aku nak bercerita pasal anak bujang aku ni.... pada rabu 5.9 2012 sekolah anak bujang aku ada buat pecutan UPSR dan juga sembahyang hajat di sebelah pagi. Masa sembahyang hajat tu, ayahnyalah yang pergi sebab aku tak dapat cuti dan di sebelah petangnya aku pergi untuk mengambilnya. Pecutan UPSR ni berakhir pada pukul 7 malam dan pakar motivasi tu nak terus pergi ke Linggi ke sekolah kebangsaan Linggi pula untuk mengepelai solat hajat kat sekolah tu...

sedang tekun mendengar ceramah dari pakar motivasi tu........
sedang menyanyikan lagu kau boleh......

Selasa, 11 September 2012

Puding berkuah

Buat puding berkuah ni pada ahad 2 September yang lalu...... ni kira n3 tertunggak lah ni... busy sangat sampai tak ada kesempatan nak post n3. aku buat puding ni sebab my sisters nak datang beraya...... dia orang called and cakap nak datang beraya and masa tu kita orang dah bersiap nak pergi kenduri kahwin kat Bangi. Fikir punya fikir and tengok stok apa yang ada kat dapur so terus buat puding berkuah ni dulu.... selain puding berkuah ni aku jamukan dia orang dengan mee goreng dan nasi goreng kampung ya........

gambar nasi goreng tak ada ya!! tak sempat nak snap.....

Dataran Nilai

Dari makan-makan di Bagan Lalang, en. suami terus bawak kita orang ke Dataran Nilai. Ingatkan terus balik kerumah...... aku dah mengantuk sangat, terpaksalah menahan mata supaya tak terlelap. tak sangka pulak aku malam tu cukup ramai orang kat Dataran Nilai untuk menyambut merdeka...... adalah bunga apinya tapi tak secantik kat Putrajaya or kat Seremban.......
 ada juga persembahan pada malam tu, aku tak taulah siapa artis yang  duk menyanyi tak pergi pun kat pentas tu........ tak kuasa aku..... lagi pun dah nampak bantal ajer tu yang malas nak round-round tu......
 menunggu detik 12 malam..........
inilah rupanya bunga api kat Dataran Nilai pada malam merdeka.........

Isnin, 10 September 2012

Senandung Malam lagi, lagi, lagi dan lagi.........

Nanti mesti ada yang berkata, asyik-asyik makan kat Senandung Malam ajer, macam tak ada gerai ikan bakar yang lain kat Bagan Lalang tu....... tak kisahlah apa orang nak katakan! Janji anak-anak and en. suami happy....... Senandung Malam tulah tempat favourite anak-anak dan en. suami aku.... makanannya sedaplah di tekak kami............ kami kesini pada hari khamis before merdeka..... so kira hari khamis tu hari makan bagi aku dengan anak-anak.... dari pagi sampai bawak kemalam duk melantak ajer........ macam mana nak kurus ni........ checkup tak lama lagi.... nanti laju ajer naik jarum timbang tu dan laju ajer mulut misi duk menegurnya.......
dah habis makan baru ambil gambar, sebelum tu tak teringat pun nak ambil gambar. ini pun Najwa yang snap.......

Tahu Bakar

Lepas kita orang melantak tutti fruitti, aku ngan anak-anak ke Zemart kat Enstek, gi shopping barang-barang dapur. Habis membeli barang-barang dapur terus ke Pekan Salak untuk mengisi minyak kereta. tapi sebelum tu aku singgah kat gerai tahu bakar dulu, isi perut aku dulu...... hehehe..... Dah lama aku teringin nak makan tahu bakar kat Salak ni, tapi en. suami buat tak tahu ajer bila aku ajak dia ke gerai tu. Macam-macam alasan yang en. suami aku beri. salah satunya en. suami cakap susah nak parking.... hari yang aku pergi makan tu, aku parking kereta kat depan kedai besi and menapaklah sikit...... Sedap jugak tahu bakar ni. Lepaslah ngidam aku.... Gerai tahu bakar ni terletak kat simpang nak ke Kg. Jijan, kat dalam gerai buah-buahan...

Tutti Fruitti

Ini n3 yang tertunggak. cerita pada hari Khamis sebelum merdeka. kan khamis tu aku cuti, sebab kena pergi ke sekolah anak-anak. so selepas settle kat sekolah aku ngan anak-anak terus ke 9 Avenue Giant, Nilai. kemana lagi kalau tak ke Tutti Fruitti. anak dara aku sibuk sangat nakkan tutti fruitti tu....... sorang semangkuk kau. aku hanya tumpang hak dia orang ajer...

Rabu, 5 September 2012

Najwa with kawan-kawannya

Masih lagi sambutan or jamuan hari raya kat sekolah anak-anak aku. Kali ni N3 sambutan or jamuan hari raya kat kelas Najwa pula. Since aku berada kat sekolah dia orang pada Khamis lepas, so Najwa dapatlah peluang untuk menggunakan kamera aku untuk mengambil gambar kawan-kawannya, kalau tidak sorrylah, tak akan aku bagi dia bawa kamera ke sekolah. so kau orang layan ajerlah gambar-gambar anak dara aku tu......
 kawan-kawan kelas Najwa
 Najwa with BFFnya.....