Jumaat, 14 September 2012

Kisah Adli

Assalamualaikum. Kembali bersiaran setelah tiga hari bercuti. Tak sangka pulak aku ramai kat office aku ni merindui aku (perasan sekejap)..... masuk-masuk ajer kerja dia orang duk serbu meja aku and cakap mana akak pergi, miss you, lamanya akak cuti dan berbagai - bagai persoalan lagi. Tak larat aku nak menjawabnya..... Baru tiga hari aku bercuti dah dia orang merindui, belum lagi ambil cuti 2 minggu....... boss aku pulak hari-hari duk call aku, tension mak di buatnya....... sebelum aku bercuti semuanya dah aku siapkan.... tak ada overdue..... benda remeh temeh pun nak call..... pening  pening......
oklah dah melalut pulak aku, padahal aku nak bercerita pasal anak bujang aku ni.... pada rabu 5.9 2012 sekolah anak bujang aku ada buat pecutan UPSR dan juga sembahyang hajat di sebelah pagi. Masa sembahyang hajat tu, ayahnyalah yang pergi sebab aku tak dapat cuti dan di sebelah petangnya aku pergi untuk mengambilnya. Pecutan UPSR ni berakhir pada pukul 7 malam dan pakar motivasi tu nak terus pergi ke Linggi ke sekolah kebangsaan Linggi pula untuk mengepelai solat hajat kat sekolah tu...

sedang tekun mendengar ceramah dari pakar motivasi tu........
sedang menyanyikan lagu kau boleh......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan