Isnin, 10 September 2012

Tahu Bakar

Lepas kita orang melantak tutti fruitti, aku ngan anak-anak ke Zemart kat Enstek, gi shopping barang-barang dapur. Habis membeli barang-barang dapur terus ke Pekan Salak untuk mengisi minyak kereta. tapi sebelum tu aku singgah kat gerai tahu bakar dulu, isi perut aku dulu...... hehehe..... Dah lama aku teringin nak makan tahu bakar kat Salak ni, tapi en. suami buat tak tahu ajer bila aku ajak dia ke gerai tu. Macam-macam alasan yang en. suami aku beri. salah satunya en. suami cakap susah nak parking.... hari yang aku pergi makan tu, aku parking kereta kat depan kedai besi and menapaklah sikit...... Sedap jugak tahu bakar ni. Lepaslah ngidam aku.... Gerai tahu bakar ni terletak kat simpang nak ke Kg. Jijan, kat dalam gerai buah-buahan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan