Isnin, 3 Jun 2013

Ole-Ole dari Guangzhou

Assalamualaikum,

Terima ole-ole ni dari my sis yang pergi bercuti ke Guanzhou. Terima kasih.......
dah jadi hak milik my gegirl juga...... bertukat-tukar purselah dia bila ke sekolah.....

Jumaat, 31 Mei 2013

MMA Santai Corner

Assalamualaikum,

Gi dinner kat MMA Santai Corner, Nilai Ahad lepas. Belah siangnya kami gi ke majlis persandingan Akmal and akibat malas nak memasak belah malamnya, so dinner ajer kat MMA Santai Corner. First time kesitu. Hajat hati nak makan meatball abang burn tapi sayang seribu kali sayang malam tu habislah pulak meatball abang burn tu..... Baru pukul 9 malam, dah habis meatballnya, yang tinggal segala burger ajer......
 my hero nak ayam madu, so orderkan untuknya....... licin dia dua beradik kerjakan....
 coconut shake aku.......
 burger bakar abang burn untuk anak-anak juga.....
nasi goreng untuk aku dan en. suami...... sebab aku rasa kalau makan burger ajer sure tak kenyangnya..... mesti nak nasi juga.......

Majlis Persandingan Akmal

Assalamualaikum,

Hari tu dah cerita pasal majlis nikahnya. So now cerita pasal hari sandingnya pula. Masih kat belah perempuan lagi. Belah lelaki insyaallah pada bulan Jun nanti.  Majlis persandingan telah diadakan pada hari Ahad lepas kat Kg. Jelutong, Sepang. So berkonvoilah kami ke sana, tapi sebelum tu kami semua berkumpul kat Masjid Sepang. Rombongan lelaki ni dari Serting. Aku taklah berkonvoi dari Serting der. Aku hanya tunggu dia orang kat Masjid Sepang ajer. Dah cukup korum barulah bergerak ke rumah pengantin perempuan.
 pelaminnya....
 merenjis pengantin dapatlah bunga pahar ni.....
 makan beradap
 anak aku dan anak-anak buah aku......
 my brother and SIL bersama-sama pengantin (Mak dan Ayah pengantin lelaki)
 Adik-beradik pengantin lelaki. Anak perempuan abang aku tak ada pada majlis belah perempuan ni, tengah exam.......
 haaaaaa ini mak saudara dan pak saudara pengantin lelaki (belah Linggi, belah ayah pengantin lelaki). Ada 2 orang mak saudara pengantin lelaki tak dapat hadir, seorang menetap kat Brunai dan seorang lagi kena tahan wad......

Selasa, 28 Mei 2013

Ke KPJ Kajang

Assalamualaikum,

Dari kenduri nikah anak buah aku, kami berkonvoi pula ke KPJ Kajang. Melawat my sis yang kena tahan wad akibat denggi. Nak tau siapa yang kami lawat???? Seorang blogger juga!!! Nak tau!!!!

Sila scroll ke bawah ya!!!
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
 Inilah orang yang kami lawati, blogger Yati....... demam ker??? sihat ajer nampaknya....... blogger Yati adalah family member kami yang ke 4 kena tahan wad bulan ni akibat denggi. My aunt sampai kena tahan kat ICU..... menurut mereka-mereka ni, dia orang kena masa gi makan malam kat luar, kat kedai lah. My aunt 3 beranak kena kat Tupai-Tupai Restaurant kat area KL lah manakala my sis ni kat area Kajang kot... Nampaknya kalau nak gi makan malam kat luar kenalah after 8....
ahli keluarga yang datang menziarahi....... blogger Yati ni penakut nak makan ubat. Bukan main susah dia nak menelan ubat, berjam-jam nak menelan sebiji ubat.......

Pagi ni bila aku on FB aku, one of en. suami punya kawan pm aku dan tanya "Dah keluar wad ke Kak?" Terperanjat aku, bila pula aku masuk wad, and aku reply 

Aku: Akak alhamdullillah sihat, tak masuk wad pun. 

Kawan en. suami: Habis yang gambar kat dalam FB yang kat wad tu siapa?

Aku: ohhhhh yang itu adik akak

Kawan en. suami: Muka serupalah kak.....

Aku:?????? serupa ker???? kan aku lagi cun (jangan marah........)

Isnin, 27 Mei 2013

Majlis Nikah Akmal

Assalamualaikum,

Jumaat lepas pergi menghantar anak buah nikah kat Kg. Jelutung, Sg. Pelek, Sepang. Alaaahhh jalan nak ke Bagan Lalang. Tapi akulah orang yang paling lewat sampai, walaupun duduk kat Nilai. Ngam-ngam orang nak makan baru aku sampai. So tak dapatlah aku snap gambar nikahnya...  Aku lewat sebab aku dari kampung, ada hal penting yang perlu diuruskan dikampung pada pagi tu. Majlis nikah ni selepas solat Jumaat.

 my sis dengan anak-anak blogger Yati..... Nak tau kemana blogger Yati, tunnngggguuuuuu next n3 ya!!!!
 en. suami ngan my gegirl.......
 anak blogger Yati yang tengah demam......
masa untuk berangkat pulang. Tapi kami tak pulang kerumah ya!!! Kami terus ke KPJ Kajang. Menziarahi ahli keluarga yang tiba-tiba sakit........ sakit ker????  My sis yang kat Pandan tu cakap menziarahi orang sihat kat dalam FBnya....... Nak tau siapa yang kami ziarahi????? Tunggu next n3 ya!!!!!

Farewell for Cik Dani

Assalamualaikum,

Khamis lepas our school buat jamuan perpisahan. One of our  lecturer resign. Resign sebab nak sambung belajar kat Ireland. Jamuan kecil-kecilan ajer........ sebab sekarang ni masih dalam cuti semester so maka ramai lecturer yang masih bercuti lagi.

 Inilah orang yang akan meninggalkan kami dan berhijrah ke Ireland for more than 3 years kot..... tapi kalau dia berkahwin, mungkin menetap terus kat sana coz boyfriendnya orang sana........


 
 
 antara staff yang hadir.........

Sorrylah ya, kali ni tak ada gambar makanan. tuan tanah tak bawa kamera masa jamuan tu.... ini pun ikhsan dari one of the lecturer.......

Souvenir dari Chennai, India

Assalamualaikum,

Lagi dapat ole-ole from the lecturer. Kali ni ole-ole dari India. Shawl for me...... tapi dah jadi hak milik anak dara aku.....