Selasa, 1 November 2011

Penyu Menangis @ Stadium Shah Alam

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Sembilan.

Sebenarnya, tak ada planning lansung nak pergi tengok pertandingan akhir bola sepak Piala Malaysia ni kat Stadium Shah Alam..... ni semua mr. hubby aku punya perancangan.... hari Sabtu lepas dia hanya ajak aku pergi ke AEON Equine Park, Serdang, coz nak bayar hutanglah.... tapi sebelum pergi tu, aku tertanya-tanya juga, kenapa dia nak buat payment kat Equine Park pula, sebab sebelum ni selalu kita orang buat payment kat AEON Jusco Seremban 2...... mr. hubby cakap, tukar anginlah pula, asyik-asyik kat Seremban aja......rupa-rupanya ada udang disebalik mee......

After we all settled everything kat AEON Equine Park, then mr. hubby cakap jom kita pergi Shah Alam, tengok bola........ terkejut aku...... anak-anak aku (terutama Adli) apa lagi cukup happylah dapat tengok akhir Piala Malaysia secara live...... aku tanya mr. hubby, mengapa tak cakap awal-awal sebelum keluar rumah....... mr. hubby aku kata kalau dia tanya masa kat rumah sure aku tak nak perginya......lebih baik dia tanya bila dah separuh jalan......whateverlah..... so malam tu aku layan bola akhir piala Malaysia kat Stadium Shah Alam..........

penyokong Terengganu & Negeri Sembilan kat highway Puchong Damansara........

putra dan putri ku yang happy bangat........
penyokong N9 dan Terengganu bergambar bersama..........
penyokong Terengganu yang dah memenuhi stadium....... putih aja........

tempat duduk penyokong N9 yang masih kosong lagi...... kain rentang yang kat atas tu dari penyokong-penyokong kampung aku, Linggi.......

separuh masa pertama...... banyak peluang N9 yang tak menjadi....... geram aja masa ni......


separuh masa kedua...... yang mendebarkan....... apabila Terengganu berjaya menjaringkan gol pertama, penyokong-penyokong N9 senyap sunyi....... terdiam semuanya..... dalam hati aku, rugi aja beli tiket.......tak ada satu gol pun yang di sumbat oleh pemain N9...... dalam 20 minit yang terakhir tu baru gamat balik penyokong-penyokong N9 apabila Kunalan berjaya menjaringkan gol pertama N9........ dia orang bersorak sakan dan menyanyikan lagu hoben jang hoben sehingga gol kedua N9 dijaringkan oleh HAI-O.......takut aku kalau stadium tu runtuh....... memang sakan sangat dia orang bersorak...... dia orang buat Shah Alam tu macam Seremban aja.........tak rugilah beli tiket....... sebab dah menang........

tempat duduk penyokong Terengganu yang dah mula lengang......


on the way back to Nilai, kita orang singgah kat hentian Dengkil untuk makan...... malam tu, hentian Dengkil dipenuhi dengan warna kuning aja........ dia orang siap bakar bunga api lagi kat hentian Dengkil meraikan kemenangan N9 ..........

aku cukup tertarik dengan satu sepanduk dari penyokong Terengganu (lupalak nak ambil gambar) yang berbunyi lebih kurang cam ni.....

Red Warrior, Red Giant

dah penyu baham,

kini tiba pula giliran rusa........

hahaha..... akhirnya rusa yang baham penyu...... penyu menangis di Shah Alam........

Sekali lagi, tahniah buat pasukan Negeri Sembilan...........

1 ulasan:

  1. tahniah untuk pasukan n9.. tak rugi beli tket sbb menang kan. hahaha.. kalau kalah, mesti cam nak pulangkan balik tiket.. ;P

    BalasPadam