Khamis, 31 Mei 2012

Gegirl aku demam....

Demam kepenatan agaknya....... kesian anak mama...... tak ceria lansung dia...... senyap rumah jadinya.... kalau tidak, tak berhenti-henti pok pek pok peknya......
Mama doakan semuga anak mama cepat sembuh ya!!!! (hari ni terpaksa angkut dia ke office, aku tak boleh cuti sebab nak bawak visitor orang putih tu visit kampung melayu hari ni.....)

Kota Bharu - Terengganu: Day 1

Cuti yang tak dirancang...... tiba-tiba ajer en. suami ajak bercuti ke Pantai Timur. Kami bertolak ke Pantai Timur seawal 7 pagi dan sampai KB dalam pukul 6 petang..... banyak tempat persinggahan yang kami berhenti...... nak lurus-luruskan kaki....... tu sebab lewat sampai KB......
 
Kami melalui highway Karak dan masuk ke arah Bentong- Kuala Lipis - Merapoh - Gua Musang...... alhamdulillah pagi tu jalan tak sibuk dan tak jammed sangatlah....... cuma kat Merapoh masa mendaki bukit tu jammed sikit coz kena ikut buntut lori........ dan di bandar KB memang jammed teruk.......
kami singgah breakfast kat Bentong...... penuh gerai ni pagi tu, sebab ramai yang singgah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing....... nak guna toilet pun kena beratur panjang.......
kat persimpangan nak ke Machang Kota Bharu...... lupa pulak nama pekan ni....... lagi 100++ kilometer nak sampai ke KB.... tulang punggung dah sakit dah....... duk lama dalam kereta........ anak-anak dah membebel dah duk tanya bila nak sampai niiiiiiii....... Sampai KB terus pergi cari hotel (budget hotel ajer)...... mula-mula kami cari tempat penginapan kat bandar KB...... semua PENUH and then we all terus ke area Wakaf Che Yeh...... tu pun beberapa hotel aku duk tanya semuanya dah PENUH...... nasib baik ada 1 hotel yang masih ada 3 bilik ajer lagi yang kosong....... kalau terlambat sikit sure kena tidur dalam kereta...... biasalah en. suami aku kalau pergi bercuti kemana-mana tak nak booking awal-awal....... dia cakap insya Allah mesti adanya...... masa duk call hotel-hotel tu dan dia orang cakap dah penuh tu aku dah cemas dah..... takut kena tido dalam kereta lagi...... akhirnya kami dapat menginap kat area Wakaf Che Yeh.......
makan malam kat Wakaf Che Yeh...... punyalah ramai manusia masa tu....... oleh kerana kepenatan, kami hanya jalan sekejap ajer kat Wakaf Che Yeh....... tak ada beli apa-apa pun kat area situ....... dah letih sangat.....kesian anak bujang aku, tak dapat kasut bolanya........ kami tak jumpa pun stall-stall yang jual kasut sukan ni..... after dinner terus balik hotel and aku 3 beranak terus terlelap and en. suami keluar balik and round-round lagi kat pasar borong Wakaf Che Yeh (tak penat ker??? dah drive sepanjang perjalanan) and jumpalah stall-stall yang jual kasut sukan..... tapi dia tak beli pun, sebab takut tak saiz dengan kaki anak bujang aku........

Selasa, 29 Mei 2012

Haiiiiiii.......

I'm back....... after bercuti selama 4 hari...... ni mengantuk tahap gaban ni........ rasa nak di tongkat kelopak mata ni dengan batang mancis........ aku baru sajer sampai Nilai dari KB-Kuala Terengganu pukul 3 pagi tadi dan terus start kerja hari ni......... ingat nak tambah cuti....... tapi apakan daya coz school/department aku sekarang ni tengah dikunjungi oleh pensyarah-pensyarah dari California Baptist University, U.S.A..... dan mereka akan berada di NUC selama 2 minggu........ penat den........

Sabtu, 26 Mei 2012

Dinner @ Atap Atap 9 Avenue Nilai

 
try kat sini pula....... ni dinner kami pada khamis malam jumaat yang lalu...... oklah masakan kat sini..... kalau kau orang nak makan steamboat pun ada...... tapi kat kedai sebelahlah...... Q Thai and Atap Atap ni satu tokey ajer........
 minuman anak-anak.......
 ni aku punya...... kuehteow goreng
 en. suami punya.......
 
both of them order yang sama..... chicken chop.........

Jumaat, 25 Mei 2012

Akademi Bola Sepak di Bandar Baru Salak Tinggi

Akhirnya di area Sepang ni telah dibuka pusat atau akademi bola sepak bagi melatih anak-anak yang berminat dengan permainan bola sepak....... so apalagi...... jom jointtttt........ anak bujang aku dah sibuk suruh aku hantar dia joint akademi ni....... masalahnya pada hari registration tu, 27. 5.2012 aku berada di luar kawasan..... cehcehceh...... luar dari Nilai ya!!!!
Bukan free ya!!!! Monthly nya RM50 tau!!! Lebih sikit dari Akademi yang kat Seremban tu....... tapi oleh kerana distancenya dekat, oklahhhh..... kalau ke Seremban kang dengan minyak and tolnya lagiiiiii........ masa aku pun terbuang ajer (duduk termenung menunggu dia habis latihan)..... kalau kat Bandar Baru Salak Tinggi ni, aku boleh balik kerumah dan kemas-kemas rumah lagi..........
Latihannya pada setiap hari Ahad dari pukul 8 pagi hingga ke pukul 10 pagi bertempat di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi.........
So sesiapa yang ada anak (perempuan pun boleh joint) bolehlah ke Stadium Bandar Baru Salak Tinggi pada hari Ahad 27.05.2012.......... pada hari pendaftaran tu, kena bayar juga RM50 for registration and RM100 for attirenya..........

Subway

Ni cerita Jumaat lepas. Aku dapat sandwich subway......... thanks to Aina.....
For your info, kat Nilai ni belum ada Subway lagi yer!!!! ni dia beli kat Kota Damansara.
sebenarnya, sikit pun aku tak dapat makan sandwich ni coz pada hari Jumaat lepas kedua-dua anak bertuah aku ikut aku ker office (after school)..... so dia orang yang melantak........ tak apa lah, demi anak-anak tersayang, mama sanggup tak makan, bagi dia orang merasa........ itu bekas gigitan dia oranglah tu......

Khamis, 24 Mei 2012

souvenir....... souvenir.........souvenir..........

 dapat lagi souvenir....... yang ni dari Japan........ diberi oleh one of ADP students yang dah nak transfer ke University di USA.......... thanks Esra.........
hak ni pula pemberian dari one of the lecturer from our school........ orang Johor......... bila balik sini dia bawa 1 bungkus untuk aku.......... thanks Mariani.........

Selasa, 22 Mei 2012

Taman Cabaran

Dari Alamanda kita orang singgah pula kat Taman Cabaran Putrajaya. Taman Cabaran ni di Presint 20 dekat-dekat dengan Dengkil...... korang kena lalu area kubur tu (Taman Selatan). Tapi jangan risau. Tak lah cuak sangat pun sebab kubur pun macam taman. Nak jogging kat situ pun boleh.
Ada 2 kompleks Putrajaya Challenge kat Presint 20 ni..... wall climbing and skating park (skate board, roller blade and BMX)..... ramai jugak lah budak-budak yang main..... masing-masing semuanya dah pro....... kat sini parent pun boleh pantau....
Untuk mountain bike trail tu, ada trail 1 untuk beginners sampai lah trail 14 untuk expert mountain bikers. For wall climbing pulak buildingnya tak jauh dari kompleks Taman Cabaran tu.
Kalau kau orang dah ada equipment sendiri tu macam basikal (basikal yang ada bakul tu tak main ya!!!!), helmet, skate board or bmx, korang boleh main tanpa dikenakan bayaran pun, tapi those yang tak ada boleh sewa equipment kat situ.....
 skate park.......
 
 
aku selalu juga kesini.... bawa anak-anak... sekadar menengok ajer........ walaupun dia orang merengek-rengek suruh aku menyewa equipment kat situ...... berat untuk aku membenarkan dia orang main kat situ...... kang tak pasal-pasal patah riuk....... siapa yang susah????? aku jugak yang susah kang........ tapi kalau orang yang masih beginner, dia ada sediakan tempat untuk kau orang practice (lupa pula nak snap gambar tempat tu....)

Isnin, 21 Mei 2012

ke Alamanda pula........

Dah puas berendam kat pool cyberjaya, kita orang gerak pula ke Alamanda..... lepak-lepak kat situ pula........
 
 

Jumaat, 18 Mei 2012

Kelab Komuniti Cyberjaya

Ahad lepas bawa anak-anak gi lepak kat sini...... kat sini ada pool, gym, tennis court, futsal court dan berbagai lagi...... tapi kalau kau orang nak guna facility kat sini, kau orang kena bayarlah........ macam aku hari tu, anak-anak nak swimming, so aku bayar dalam RM14.00....... RM2.00 seorang untuk kanak-kanak manakala orang dewasa RM5.00 seorang....... dan kau boleh berendam kat pool tu sehingga 8.00 malam..... Surau pun ada disediakan ya!!!
Kalau kau orang nak gym pula, bayarannya ialah RM10.00 seorang...... macam-macam equipment ada kat dalam gym tu........ next time aku nak try gym pulak.........
aku sampai kat sini dalam pukul 11.00 pagi..... hanya ada beberapa families ajer masa tu.......  seronok anak-anak aku berendam kat dalam pool tu..... tak ramai orang..... tapi selepas waktu zohor orang dah mula ramai yang datang........ oh ya, kat sini kau orang boleh bawa makanan tau!!!! kira berkelah lah....... hari tu aku bawa mee hoon goreng, air and nugget........ ada satu group families tu siap bawak periuk nasi dan lauk pauk ......
 
 
 
kami kat kelab komuniti Cyberjaya tu sehingga ke pukul 4.00 petang...... anak-anak dah tak seronok nak mandi lagi coz orang dah mula ramai yang berendam...... lagipun mata anak-anak aku dah merah dek kerana lama sangat berendam, jari pun dah kecut-kecut......... 

Selain kat sini, ada satu lagi public pool kat area Putrajaya ni..... kalau tak silap aku yang lagi satu tu dekat dengan Pullman..... bayaran masuknya RM5.00 seorang........ aku belum cuba lagi kesini........ mungkin satu hari nak cuba ke sini pula.........

Khamis, 17 Mei 2012

Hari Guru

Baru hari ini nak ucapkan Selamat Hari Guru........ terlewat sehari....... memang dilewatkan pun n3 ni sebab sekolah anak-anak aku meraikan sambutan hari guru pada hari ini sebab semalam anak-anak di SRAI Salak Tinggi masih lagi menduduki/menjalani peperiksaan pertengahan tahun (Agama).......
inilah hadiah yang telah dibeli oleh anak-anak aku untuk guru favouritenya....... (guna duit mamanya yer!!!! bukan duit lebihan belanja sekolah dia orang.......) sampai 3 orang sekali dia orang nak beri...... mula-mula si adik yang nak beli hadiah untuk 3 orang cikgunya..... lepas tu si abang pun nak sama...... hadiah ni dia orang dah beli pada hari Jumaat lepas lagi....... yang merah tu si abang punya manakala yang purple tu si adik yang punya........

Selamat Hari Guru buat guru-guru di Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi............. 

Rabu, 16 Mei 2012

Kenduri Kahwin @ Kg. Belangkan, Kuala Sawah

Sabtu lepas kami sekeluarga balik ke Kuala Sawah, balik hari tak tido sana..... ada kenduri kahwin sedara en. suami...... en. suami siap suruh anak-anak ponteng kelas tambahan hari Sabtu...... geram betul aku...... rumah pengantin ni jauh ke dalam (dari jalan besar)..... jalannya kecil, muat-muat untuk sebuah kenderaan.... faham-faham ajerlah kalau berselisih macam mana keadaannya. dah tu ni sulung menantu pula....... 2 pasang sekali......... dah tentu ramai jemputannya........ maka kat dalam Kg. Belangkan tu hari Sabtu  tu jammed teruk..... dengan hujan turun dengan lebatnya dan tempat parking kenderaan tak ada...... satu hal pula kena menapak jauh nak ke rumahnya..... dah tu rumah pengantin ni kat atas puncak bukit pula......... kena mendaki..... mencangut aku dibuatnya........ bila nak turun punyalah seksa nak menahan brek kaki, licinnnn..... lupa pula aku nak snap gambar rumahnya yang berada di puncak bukit tu.......
 
 ada persembahan cak lempong sekali...... cak lempong ni datangkan khas dari Sekolah Dato' Akhir Zaman, Rantau (bapa pengantin adalah bekas guru besar sekolah tu)........  dahsyat Sekolah Dato' Akhir Zaman ni, siap ada pasukan cak lempongnya.....
 pelamin yang simple..... cantikkkk
lauk pauk yang dimasak sendiri (rewang ngan orang-orang kampung).......

Isnin, 14 Mei 2012

Hadiah Saguhati.......

Hari Jumaat lepas, Adli baru dapat dia punya hadiah pertandingan Futsal yang dia merupakan salah seorang player pada pertandingan itu yang telah diadakan di Shah Alam tempohari...... hadiah saguhatinya merupakan sehelai tuala...... hadiah telah disampaikan oleh guru besarnya semasa perhimpunan sekolah...... Guru besarnya tanya dia:
Guru besar: Tengku, awak main posisi apa?
Adli:  Penjaga Gol
Guru besar: Wah!! nak ganti Apek ker???
Adli:  Senyum..... dan dia cakap kat Guru besarnya, Mak saya kata ganti Sabrini (Penjaga Gol  
         Terengganu..... aku tak pasti nama penjaga gol Terengganu ni....)      
Guru besar: Kenapa Sabrini pulak??? 
Adli:  Mak saya cakap, asyik lepaskan bola ke gawang ajer...... macam Sabrini.......
Guru besar: gelak.......
Dialog Adli dengan Guru Besarnya telah diceritakan oleh Adli kepada aku....... sebenarnya aku bukan nak melemahkan semangatnya.... aku nak bagi dia berusaha lagi supaya jadi handal macam Apek....... 
cukup sayang dengan hadiahnya tu...... adiknya pun tak boleh usik..... simpan elok-elok ya Abang.... buat kenangan tu......

Jumaat, 11 Mei 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun SRAI Salak Tinggi

Mulai minggu hadapan, anak - anak aku, Tengku Ahmad Adli dan Tengku Ain Najwa akan menduduki peperiksaan pertengahan tahunnya, iaitu dari 14.05.2012 hingga ke Jumaat 25.05.2012 (Agama dan Akademik).

Semuga Allah memudahkan urusan menjawab dan dijauhkan sebarang masalah.......

Mama doakan Adli dan Najwa boleh jawab soalan, yakin dan buat yang terbaik ok....... anak-anak mama bijakkan.......
Good Luck my kids........
do the best among the best......
Love u so much......

Ya Allah kau permudahkanlah anak-anakku untuk menjawab semua soalan nanti..... hanya padamu ku berserah selain dari usahanya sendiri....... Amin..... Amin......Amin.... Yarabbal al'amin......

FM

dapat FM ni dari one of the lecturer kat department aku....... thanks........ baru nak berjinak-jinak dengan pengumpulan FM ni......

Khamis, 10 Mei 2012

Dah tandatangan dah......

Tajuk bukan main lagi...... aku pun sendiri takut nak letak tajuk ni...... takut orang fikir yang bukan-bukan pulak........ simpang malaikat 44.......
 okey..... aku dah sign dah borang kat atas tu (borang open cds akaun ya.......) hari-hari orang HR duk tanya aku dah fill up belum borang ni....... hujung tahun nanti kayalah omak....... (macamlah banyak shares yang company kau bagi kat kau) hehehe......... tapi lepaslah kalau nak beli fixie bike Adli.....
 
Aku sajer ajer lambat-lambat fill up form ni...... sebab aku tak confident...... aku bukan pandai sangat bab-bab share ni.... takut rugi...... harga yang ditawarkan pada staff ialah RM1.50 (tak semua staff yang dapat tau...... ni staff yang lama-lama ajer......kalau tak silap aku company offer dulu dalam tahun 2000.... kita orang cuma kena bayar RM1.00 ajer.....) 

Selasa, 8 Mei 2012

Birthday gift untuk aku.....

Dapat birthday gift dari anak-anak..... walaupun kecil dan murah, mama tetap hargainya...... mama amat-amat menghargai pemberian anak-anak mama ini..... walaupun mama dah pesan, jangan belikan apa-apa untuk mama....... duit belanja sekolah tu untuk beli makanan bukannya untuk beli hadiah untuk mama....
 
 music box dari Adli........
 bunga tu pemberian Najwa..... yang berlampu tu pemberian dari Adli......

Anak-anak siap suruh aku bawa ke office, letak kat meja kerja mama kata dia orang......
TERIMA KASIH SAYANG DI ATAS PEMBERIAN INI.......
Selain pemberian dari anak-anak, aku dapat juga gift dari second boss..... Terima kasihlah atas pemberian ini dan terima kasih jua kerana mengingati tarikh lahir aku........ aku dapat kasut dari my second boss......

Isnin, 7 Mei 2012

Arfan's Birthday

Ke birthday party lagi, kali ini birthday party Arfan anak kepada sepupu aku..... Ayah si Arfan ini adalah anak pak cik aku..... dia punya party pada hari Sabtu, 5.5.2012 hari tu....... Birthday party Arfan ni pun diadakan kat pool side....... nasib baik tak hujan petang tu......

Aku sampai lambat sikit....... sesat barat aku nak mencari Pantai Hill Park..... berkali-kali aku talipon dia orang menanyakan arahnya (first time pergi kerumahnya since dia berpindah ke situ).... rupa-rupanya kat Bangsar South (Kerinchi)
 my uncle ngan wifenya beserta cucunya Daniel........... leka Daniel nengok neneknya menghirup pengat......
 sepupu-sepupu aku (anak-anak pak cik aku dan menantunya)
 menu of the day....... nasi lemak dengan sambalnya yang amat sedapppp..... sambal yang didatangkan khas dari Melaka..... omak Dilla yang buat (omak mertua sepupu aku)........ 
 puding roti, kole kacang, kastard serta buah tembikai dan pengat (dari Melaka jugak)
 nilah rupanya sambal tu.......
soto pun ada...... kenyanggggg
my gegirl with Nek Su nya.....
sepupu aku ngan anaknya Khalish.........
haaaaaa inilah dia Birthday Boy tu....... Arfan nama diberi........
sepupu aku lagi with anak-anaknya........
anak-anak mengerutung clown......
my sis ngan hubbynya......
ini families Dilla, belah Melaka......
my gegirl with Khalish kat pool.... my gegirl mengerang nak terjun pool...... aku tak kasi coz tak bawa dia punya swimming suit....... silap aku juga.... sebab sebelum keluar rumah dia tanya aku, nak bawa swimming suit tak??? aku cakap tak payah, kita bukannya pergi rumah Mak Ngah....... bila sampai kat area rumah Pak Lang Zaharnya, tengok ada pool pulak apa lagi teruja sangatlah dia nak terjun..... pool tu cantik pulak designnya....... macam kat hotel...... lagilah geram dia nak terjun........ tak dapat permission kat aku, dia pergi minta kat ayahnya pula...... ayahnya kasi ajer...... last-last dengan baju yang dia pakai tu terjun pool......
dengan abangnya sekali terjun pool...... kuyup.... kena tunggu baju tu kering pulak.......

Aku bergerak balik lepas Maghrib...... coz mr. hubby nak Maghrib dulu..... aku ingatkan terus balik ke Nilai, rupanya tidak..... mr. hubby terus ke Jalan Tunku Abdul Rahman, ke pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman...... apalagi lah anak bujang aku suka sakan sebab dapat memborong Jersey.......