Selasa, 5 Jun 2012

Kota Bharu-Terengganu: Day 3

 
Pagi tu kami breakfast kat hotel..... hotel ni provide breakfast for 2 persons only. For kids we have to paylah. For kids hotel ni charge RM8 seorang.... buffet style.....
 
Kami check out from hotel dalam pukul 11 pagi dan terus ke Pasar Payang. Kat Pasar Payang aku hanya beli keropok. Anak-anak pula memilih key chain kat luar Pasar Payang untuk diberi pada kawan-kawan dia orang. Najwa merengek nak kan bantal penyu..... so belikanlah satu bantal penyu untuknya...... Jalan kat area Pasar Payang jammed pada hari tu....... parking usah cakaplah, penuh semuanya........
Dari Pasar Payang kita orang terus ke Losong, untuk mencari keropok lekor......... siap lepak makan 2 bungkus keropok lekor panas-panas kat situ........ Aku singgah makan keropok lekor kat stall Pak Su keropok lekor....... alamatnya kat atas tu ya!!!
boleh tengok dia orang memproses keropok lekor juga...... insyaallah, dijamin bersih.........
nilah kedai Pak Su keropok lekor tu........ 
 hasil yang diborong kat kedai Pak Su keropok lekor..... 2 plastik beg tuuuuuu........
Dari Losong kami terus pula ke Masjid Kristal, sembahyang jamak Zuhor dan Asar kat situ dan juga sesi bergambar....
 
 
 
 
 
Kami meninggalkan Kuala Terengganu dan balik ke Nilai dalam pukul 3 petang. Masih lagi mengikut jalan pesisir pantai sebab nak singgah Kemaman untuk membeli satar dan menikmati suasana dan pembangunan bandar-bandar di Terengganu.....
Kami singgah di Kuala Ibai (pantai Kuala Ibai) dan lepak-lepak kat tepi pantai Kuala Ibai sehingga ke pukul 5 petang.......
Selain berhenti di Kuala Ibai, kami singgah juga di Dungun...... lama dah aku tak ke Dungun..... jauh sungguh perbezaan Dungun...... banyak pembangunan aku tengok.... dah ada jambatan menyeberangi Kuala Dungun.... kat bus station Dungun area Padang Astaka tu dah banyak bangunan-bangunan baru didirikan..... Masa aku kecik-kecik dulu aku selalu juga bermain-main kat Padang Astaka tu (banyak kenangan kat Dungun tu).... Aku selalu ke Dungun sebab mengikuti arwah nenek aku menziarahi anaknya (Mak Su) kat Dungun. Besan nenek aku orang Dungun.
Aku minum petang kat Dungun and siap mandi sekali kat public toiletnya (badan melengas). Public toilet di Dungun disediakan tempat mandi ya!!! Setelah habis mandi, kita orang pun meneruskan perjalanan dan singgah di Masjid Kemaman untuk menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak........
Lagi sekali aku hampa kerana tak dapat makan satar...... geram betul...... Gerai menjual satar semuanya dah tutup........
Dari Kuantan ke Nilai kami ikut highway......Kami meneruskan perjalanan sehingga ke hentian R & R (tak ingat nama tempat rehat tuuuuuu) untuk berehat seketika......
Kawasan R & R yang terakhir kami singgah ialah Hentian Gombak..... minum kopi panas dulu untuk segarkan mata..... Kami sampai ke Nilai pukul 3 pagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan