Rabu, 14 Disember 2022

Bermulanya Kelas Memandu My Putri

 Assalamualaikum,

First class pada 3 December yang lalu
Setakat ini dah 4 jam belajar
Next class pada 17 dan 18 December yang akan datang.
Lambat belajar memandu sebab sibuk dengan kelas, 
now intern kat Nilai dah boleh lah attend class memandu.
My Putri ambil yang Auto.

Ahad, 11 Disember 2022

Kelantan: MUET Session 2 Dan Balik

 Assalamualaikum,

Hari kedua di Kelantan dan exam MUET terakhir buat my putri. Exam MUET seperti session 1 masih di SMK Zainab 1.  Nasib pada hari itu Bandar  Kota  Bharu tak jammed, sebab hari itu adalah hari penamaan calon PRU Ke 15. Exam start pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.

Dari hotel ke SMK Zainab 1 ambil grab ajer.

Breakfast ahkak, Laksam 
Kat Pasar Siti Khadijah 
Sorang-sorang jer
My putri ahkak bekalkan roti dan kuih muih jer.
Lepas breakfast, balik hotel dan lelapkan mata sekejap.
Around 1 pm ambil grab ke SMK Zainab 1 tunggu my putri. Dah check out dari hotel ya, but barang-barang tumpang kat Hotel sekejap before ke airport.
Once dia keluar dari exam hall dan dia cakap Air Asia reschedule flight ke 6.15pm. Sepatutnya flight kami 5.15pm.
Air Asia dengan delay dan reschedule flight memang tak boleh dipisahkan. Air Asia ini kena buat tagline baru lah (delay dan reschedule).

Since dah delay flight maka kami shopping lagi...
Bertambah beg...

Masa balik ini tak penuh pun

Kapal sampai dah dekat 6.30pm
Sepatutnya Gate 1, tukar ke Gate 3 pula
Nasib lah airport Kelantan ini tak macam KLIA2
kalau tidal jenuh berjalan





Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA 2
Sempat solat Maghrib di KLIA2.

Ada yang bertanya kenapa jauh sangat exam MUET, ke Kelantan pula....
Kami dah terlambat mendaftar untuk My Putri..
Kami cuba daftar di KPTM sendiri, tapi dah penuh.
Ya lah after pandemic  ramai pelajar yang apply for MUET.
Masuk website MUET sendiri, area kawasan tengah i.e. Kuala Lumpur, Selangor malah Negeri Sembilan pun dah penuh.
Check Selatan Tanah Air, pun penuh.
Yang available Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Sabah dan Sarawak tu tak lah nak pergi, jauh dan kos flightnya mahal.
Perlis macam tak best
So my Putri decide Kelantan. Boleh juga jalan-jalan Kelantan. Lama dah tak pergi Kelantan, hampir 10 tahun rasanya. 
Perancangan nak naik jungle train tapi tempat tidur fullybooked, so yang session 1 memandu lah Kelantan since en. Suami nak follow. 
Session 2 dah tak larat nak drive, so naik kapalterbang jerlah...

InsyaAllah akan kembali ke Kelantan tahun depan, sebab my Hero tak joint hari tu.

Jumaat, 9 Disember 2022

Kelantan Lagi Untuk MUET Session 2

 Assalamualaikum,

Kelantan lagi kita, kali ini naik kapalterbang. Berdua dengan My Putri sahaja. Tak larat nak memandu. Untuk MUET Session 1 hari itu memandu ke sana, sini, sini, sini dan sini.

Flight kami pukul 12.15 tengahari
Kena Gate K14
Jauh menapak

Pesawat yang akan kami naik
Penumpang mula memasuki pesawat 
Pergi ini tak delay pun

Banyak kali turbulent 
Masa pergi ni cuaca tak bagus dan hari-hari sebelumnya kan hujan jer
Sesampai di Kelantan pun hujan

Kelantan
Sungai Kelantan 
Dah nak mendarat 
Alhamdulillah selamat tiba di Kelantan

Dari Airport terus ambil teksi ke hotel penginapan kami
Kami menginap di KB Street Boutique Hotel, betul-betul depan Pasar Siti Khadijah
After check-in dan sembahyang Zohor kami ke Pasar Siti Khadijah untuk makan tengahari
Rezeki kami pada hari tu ada seorang hamba Allah belanja kami untuk makan tengahari.
Satu flight dengan kami tapi jumpa kat Pasar Siti Khadijah, dalam flight dan kat KLIA2 tak jumpa pun.
Dia datang bertugas di Kelantan, under MSN katanya.... 
Rupanya dia seorang pengadil bola sepak. Sabtu tu kan JDT lawan Kelantan...
Pengadil ini adalah pengadil yang viral dan kontroversi. Netizen kata dia ini berat sebelah, more to JDT.
Kami memang tak tahu dia pengadil bola sepak. Dah balik ke Nilai baru tahu dia pengadil bila My Putri tertengok kat Tiktok.
Lepas lunch terus balik Hotel. Lepak-lepak kat Hotel ajer. Kasi My Putri releks sebab esoknya nak exam.

Ahad, 4 Disember 2022

Jemputan Kenduri di Bukit Gambir

 Assalamualaikum,

Dapat jemputan kenduri di Bukit Gambir. Jauh jemputan kali ini. 

 
Tudung emak pengantin sama lah pula warna nya.
Yang kat bawah sama dgn my putri tu jiran jiran kami dari Nilai.  

Sebenarnya emak pengantin ini dulu tinggal di Nilai dan Kak Za ini pernah mengasuh anak-anak ahkak yang berdua tu dari kecil. Anak-anak ahkak memang rapat dengan pengasuh ini. 

Dah naik sekolah Kak Za ini jugalah yang menghantar dan mengambil anak-anak ahkak.

Bila my Hero daftar masuk ke Poli di Pagoh dan dia ternampak story ahkak di insta, dia terus call ahkak dan akan datang jemput ahkak dan family di hotel penginapan dan bawa kami makan malam dirumahnya. Dia rindu dengan budak-budak ini katanya.

Selepas dia balik ke Bukit Gambir itu lah pertama kali kami berjumpa semula dan ini kali  kedua kami kerumahnya.

Kak Za siap pesan dengan my Hero datanglah rumah Mak nanti, Pagoh ke Bukit Gambir tak jauh katanya....

Isnin, 28 November 2022

Aktiviti My Putri: Ke UiTM Shah Alam

 Assalamualaikum,

Cerita My Putri lagi. Kali ini ke UiTm Shah Alam untuk program yang dihadiri oleh PM ke 9, Dato' Ismail Sabri. Program yang dinamakan Idea  Bina Negara Keluarga Malaysia.

Dalam bas
KUPTM dan KPTM
KPTM sahaja

Kat sinilah PM announce  elaun MARA akan di naikkan dan Alhamdulillah janji di kotakan. 
October hari itu dapat elaun yang baru, hampir RM1000.
Mewah budak-budak  ini...
Degree nanti sambung kat KUPTM lah sayang. 
Dengarnya KUPTM dah naik taraf ke UPTM (University Polytech Malaysia).

Selasa ini My Putri start intern.
Intern kat Nilai.
Salah sebuah bank terkenal.  
Apply kat HQ dan Alhamdulillah dihantar dekat Nilai.

Dan result for Semester 6 dah keluar...
Alhamdulillah GPA atas 3.50.
Alhamdulillah juga sepanjang semester 1 hingga 6 GPA nya atas 3.50.

Tapi sayang tak tercapai hajatnya nak buat degree kat oversea.
MARA hanya taja untuk budak 3.90 ke atas sahaja.
Tak apalah sayang, kat Malaysia pun boleh continue degree.

Sabtu, 26 November 2022

Lawatan Sambil Belajar My Putri Ke Bank Negara

Assalamualaikum, 

Mama simpan kat sini untuk tatapan mama dimasa depan. Saat anak-anak menuntut ilmu. Si Hero tak suka forward gambarnya. My putri jer yang rajin forward gambar aktiviti nya. 

Ok, sambung cerita My Putri.

Pelajar-pelajar Islamic Banking and Finance, KPTM  ke Bank Negara untuk lawatan sambil belajar. 



Rakan-rakannya 
Satu kelas satu rumah juga
My Putri

Islamic Banking and Finance students
KPTM Bangi

Who's next???
InsyaAllah 
Tengku Ain Najwa...
Kena belajar sampai PhD lah ya....

Aamiin 

Selasa, 22 November 2022

PRU 15

 Assalamualaikum,

19 November 2022 hari mengundi. 

Bagi anak-anak, ini kali pertama dia orang mengundi. Mereka mengundi  di Nilai, Ayahnya  di Nyatoh, Rantau manakala Mamanya di Linggi.

Mula-mula di Nilai.

Di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai
Mama tunggu dalam kereta ajer.

Hero dan My Putri disini. 
Pukul 9 pagi kami dah sampai.

Punyalah panjang beratur 
My Putri kat saluran 7
Manakala Hero Kat saluran 6

Yang dibulatkan tu lah bilik tempat untuk My Putri mengundi.
Dia orang selesai dalam pukul 11 pagi
After solat Zuhor kami gerak ke Nyatoh, Rantau pula.

En. Suami kat sini 
Lepas selesai En. Suami mengundi, kami singgah rumah MIL.
Dalam pukul 4 petang gerak ke Linggi pula untuk turn ahkak...

Ahkak disini 
Sekolah Kebangsaan Linggi 
Saluran 3, di tingkat 1
Selesai mengundi, singgah rumah kampung sekejap.