Selasa, 20 Disember 2011

Buah mangga aku dikebas orang....

Ini kali kedua buah mangga aku dikebas orang....... pokok mangga aku baru dua kali berbuah...... masa pertama kali berbuah tu hanya 2 biji ajer....... yang pertama ini dapatlah kita orang merasa, sebab buahnya terlindung di balik daun....... orang tak perasan...... yang kali kedua ni adalah 6 biji buahnya dan berbuah rendah pula tu.......... mula-mula tu tiga biji hilang, so ada balance lagi 3 biji....... mr. hubby cakap tak apalah sedekah......... hari sabtu hari tu, sebelum pergi muzium ada 3 biji lagi dan aku siap suruh mr. hubby kait sebab dah masak........ mr. hubby kata esok (ahad) ajerlah kait....... malam tu bila kita orang balik dari KL, tengok dah tinggal 2 biji ajer buah mangga tu....... aku cari-cari juga kat bawah pokok kalau buah tu gugur, tak ada pun....... yang ada hanya daun - daun mangga yang berselerak......... so pagi-pagi ahad tu cepat-cepat aku petik, takut dikebas orang lagi................. bukan tak nak bersedekah yaaaa......... aku pun nak juga merasa buah mangga tu...........

ini ajer yang tinggal..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan