Isnin, 19 Disember 2011

Jejaki Upin & Ipin @ Muzium Negara

sebelum aku nak bercerita pasal upin & ipin ini, aku nak cerita dulu pasal kamera aku.......... eeeee geramnya aku kat kamera ni, rasa nak ku campakkan aja kat dalam sungai klang........ sekali lagi kamera aku buat hal...... bila time macam ni (nak tangkap gambar upin & ipin untuk kenang-kenangan) dia buat hal lagi....... bergegar lagi........ so gambar-gambar yang disnap semuanya tak cantik....... hari tu masa pergi ke pusat sains mount kiara, kamera ni buat hal, sekarang masa menjejaki upin & ipin pula dia buat hal........ nasib baiklah masa bercanda di sunway lagoon hari tu okay........ kalau tidak lagilah aku tensionnnnn......

okey sekarang aku nak bercerita pasal menjejaki upin & ipin ni pula....... akhirnya aku pergi muzium negara sabtu lepas, mula - mula dah tak jadi nak pergi, tapi tah macam mana pagi sabtu tu, mr. hubby cakap jomlah bawa anak-anak pergi muzium........ driver dah kata ok, so kita orang pun apa lagi bersiaplah......... kita orang sampai muzium dalam pukul 2 petang, tak terus masuk sebab terdengar announcement yang maskot upin & ipin akan keluar pada pukul 2.30 petang...... so kita orang tunggu sehingga maskot upin & ipin keluar coz puteri aku nak bergambar dulu dengan maskot tu........ lepas bergambar baru masuk tengok pameran..........
tak dapat nak bergambar dengan budak perempuan yang baju pink tu (lupa nama) yang punya suara upin & ipin.............. ramai sangat nak bergambar dengan budak tu............
masa kat dalam jumpa Ehsan yang jadi ketua kelas yang selalu sebut SELAMAT PAGI CIKGU...... sambil berlagu tu....... aku siap suruh dia sebutkan perkataan tu........ anak-anak aku dapat bergambar dengan Ehsan ni, tapi sayang, gambarnya tak cantik sebab kamera aku bergegar............ gambar kat bawah ni adalah gambar bersama Ehsan..........


ni bergambar kat depan replika rumah opah.......ni kat depan bilik tidur upin & ipin.................ni kat depan bilik tidur Kak Ros............ni kat depan bilik tidur opah..........ada game kat dalam tu...... anak bujang aku apa lagilah...... lekaaaa........ aku dengan Najwa cari perbezaan di antara dua gambar....... level pertama ok ....... semua dapat......... bila masuk level kedua........ ada satu tak dapat......... malas nak cari lagi coz kat belakang kita orang dah ramai yang berbaris nak main.........

masa aku beli tiket tu hanya ni yang dia orang beri....... sepatutnya button......... aku rasa mesti buttonnya tu dah habis.............


Najwa dapat bergambar dengan maskot, tapi aku tak pasti sama ada itu upin or ipin........... penat mengejar maskot tu......... tapi sayang gambar yang disnap tak cantikkkkkkk...........lepas habis menjejaki upin & ipin tu kita orang masuk pula ke muzium............ konon-konon nak tengok baju kahwin memey, tapi tak jumpa..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan