Jumaat, 6 April 2012

Abang nak lari dari rumahhhh

Fuhhh, tajuk bukan main lagi, nak lari dari rumah....... tak ada kemananya Abang hoiiiii....... tidur pun masih berkepit lagi......

Adli dah packed barang-barang keperluan peribadinya untuk dibawa ke Shah Alam........ masa dia mengemas pakaiannyalah dia cakap kat aku, "Abang nak lari dari rumah!!!".... bukan main kau lagi ya bang, nak lari pulak..... cubalah...... kalau tak mama kau ni kejar abang nanti........

Dia akan berada di Shah Alam dari 6.4.2012 hingga 8.4.2012 kerana menyertai perlawanan Futsal SRAI - JAIS 2012. Pasukannya mewakili Daerah Sepang ke perlawanan peringkat Negeri...... dia akan berangkat ke Shah Alam petang ni dan perlawanan akan diadakan di Sek. 7 dan Sek. 19.....

Abang, mama doakan semuga pasukan abang akan berjaya..........

Kali ni anak bujang aku bermain sebagai penjaga gol..... Insya Allah, semuga abang boleh menjaga gawang abang dengan sebaiknya dan jangan bagi bola tu bolos gawang abang.........

Abangkan selalu berangan-angan nak gantikan Khairul Fahmi, so Abang kena buktikanlah........

Mama akan senantiasa mendoakan kejayaan Abang........

haaaaa, nilah beg yang akan dia bawa ke Shah Alam..... nasib baik ada beg free ni, pemberian Mak Ngahnya, boleh muat satu beg ajer...... tak payah nak bawa dua tiga beg..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan