Huhhh lamanya aku tak bersiaran.... kembali bersiaran setelah bercuti, cuti -cuti Malaysia selama seminggu dan cuti melayan kerenah auditor kat seminggu jugak.... baru hari ni freeeeeeeee...... Cuti-cuti Malaysia aku kali ni ke Langkawi dan Utara Semenanjung..... Rombongan Cik Kiah ya!!! Seramai 8 keluarga yang pergi bercuti ni (families member only). Aku hanya 3 beranak aja tu pun menumpang kereta my sis yang kat Angsana Hilir tu... En. Suami tak approved cutinya...... seawal 6.45 pagi hari Sabtu 10.11.12 En. Suami menghantar kami ke Pandan.
bergambar kat dalam my sis car
First stop kami yang pertama ialah Hentian Jejantas Sungai Buluh, sarapan pagi dulu sambil menunggu rombongan Cik Kiah yang bertolak dari Mantin dan Seremban. Kami berkonvoi dengan menaiki lima kereta. My sis dari Mantin tu lambat sampai so kami teruskan perjalanan ke hentian yang kedua di Sg. Perak. (Tak ada snap gambar di Hentian Sg. Perak)
Selepas berkumpul semuanya di Hentian Sg. Perak kami meneruskan perjalanan ke Utara Semenanjung.
Kami singgah makan tengahari di Nibong Tebal. Kami makan di Kari Corner Nibong Tebal. Boleh tahan juga masakannya.
Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Alor Star dan bermalam di Kelisa Homestay Alor Star. Itinerary kami kat Alor Star semuanya tak dapat ditunaikan. Dah lewat sampai ke Alor Star.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan