Isnin, 16 Julai 2012

Berenang di malam hari

Ke Komplek Sukan Air, Presint 5, Putra Jaya pada Sabtu, 7 July yang lalu. Bawa anak-anak untuk berenang..... kami bertolak dari rumah pun dalam pukul 6 petang dan sampai kat kompleks tu lagi 20 minit  nak tutup, tapi budak yang kat counter tu cakap sesi 4 start pukul 8 malam.... so we wait there until dia buka baliklah.... since kat komplek tu ada Surau untuk kami sembahyang Maghrib, so we lepak-lepak kat situ ajer......... Sesi 4 ni start dari pukul 8 malam hingga ke pukul 10.00 malam. Bayaran masuknya RM1 untuk kanak dan RM2 untuk orang dewasa.... lagi murah dari pusat komuniti Cyberjaya.... tapi kat Pusat Komuniti Cyberjaya tak ramai sangat orang compare yang kat Komplek Sukan Air ni........
 sementara menunggu waktu Maghrib, kami jalan-jalan kat sekitar Pusat Sukan Air ni..... kat sini ada pantai buatan yer.... taklah besar sangat tapi, kalau kanak-kanak nak mandi manda dan bermain pasir oklah.....  perlu di awasi oleh orang dewasa ya!!!! kang tak pasal-pasal anak kau orang terjun tasik tu......... 
Najwa ajak aku lepak kat atas pelantar tu..... huhhhh tak berani aku.....
Lepas Maghrib terus masuk ke pool.......... mula-mula dia orang berenang kat kolam kanak-kanak, bila dah ramai budak yang mandi manda dia orang pindah pula ke kolam yang besar..... tapi aku tak bagi dia orang berenang sehingga yang kat kedalaman yang 2 meter tu..... aku suruh dia orang berenang dari tempat 1.2m ke 1.5m sahaja..... cukup sampai kat 1.5m, aku suruh dia orang pusing balik........
inilah kolam untuk orang dewasa tu...... ada tiga peringkat kedalamannya..... iaitu dari 1.2m ke 2m.....
ini yang kat kedalaman yang 1.2m
perenang-perenang kat sini kebanyakkannya dah pro...... seronok tengok dia orang berenang.... kelas berenang pun ada kat sini ya.......

Kepada yang nak ke Komplek Sukan Air Presint 5 ni, bolehlah berpandukan kepada signboard Pullman ya..... sebab komplek ni terletak dibelakang Pullman.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan