Sabtu, 29 September 2012

Soto Pasar Malam Salak

Aku jarang makan kat situ. Selalunya kalau beli, bungkus ajer. Rabu hari tu disebabkan dah lapar sangat (tengahari tak lunch pun) tu yang duduk makan kat situ...
Najwa punya

Jumaat, 28 September 2012

Makan-Makan kat tepi Jalan Desa Cempaka

Kalau waktu aku balik dari kerja dan anak-anak bising kelaparan aku akan bawa dia orang kat sini ajer. Dekat dengan rumah and foodnya sedaplah ditekak aku.... anak-anak ni kan, bukannya tak ada makanan kat rumah aku tinggalkan tetap nak juga makan makanan kat luar tu.......

masing-masing ambil nasi lemak termasuklah aku juga...... tergoda tengok sambalnya....ambil juga cucur udang yang sedap tu....

Ikan Baung Masak Lemak Cili Api

Semalam petang aku masak ikan baung lemak cili api. Dah lama tak makan gulai ikan baung ni. Terjumpa ikan ni kat pasar malam pekan Salak. Aku ambil sekor ajer coz yang lain-lain kat rumah tu tak makan ikan baung ni.... pelik aku, ikan sembilang dia orang makan, baung tak makan...... tak apa, tak apa, jadinya aku puaslah meratah ikan baung ni semalam.... lepas ngidam den....... siap cari daun kesum untuk dicampurkan dalam gulai......
 in the making of rendang Linggi style......

Oleh kerana orang-orang kat rumah aku tak makan gulai ikan baung ni, so aku kena masak satu lauk lain lah.... jenguk-jenguk kat peti ais ada daging dan since Adli dah beberapa hari ni duk minta rendang macam orang Linggi (ahli keluarga akulah) buat tu so aku pun merendanglah jugak petang semalam..... Buat rendang style Linggi punya.. Nasib baik rempah rendang buatan sendiri pemberian Mak Cik Lijah aku ada lagi.... Beria-ia Adli makan nasi berlauk rendang tu, bukan Adli ajer yang beria-ia makan, ayahnya pun sama jugak.... kira sedaplah rendang aku tu..... Tapi Najwa cakap, kalau mama masak kat Linggi (kat rumah neneklah) lagi sedapppppppp...... alasan kau nak balik kampunglah tu Wa hooooiiiiii........

Khamis, 27 September 2012

Sup Ayam @ Seremban 2

Dah berkali-kali untuk mencuba sup ayam kat Seremban 2 ni dan Ahad lepas sebelum balik ke Nilai, akhirnya dapatlah merasa sup ayam yang dikata orang amat sedap ni. Sebelum ini bila kita orang singgah kat medan selera ni, mamak sup ni selalu sangat tak ada (bercuti) siap kakak yang managed medan selera ni suruh kita orang talipon dulu untuk memastikan gerai sup ni bukak....
Sup ayam kat sini harganya mahal sikitlah dari benteng tapi mangkuknya besar.... susah nak menghabiskannya. Kat sini, kita boleh order roti banggali yang dibakar untuk dimakan dengan sup. Tapi bagi aku rasanya kuranglah dari yang di Benteng Seremban tu......... Tekak masing-masingkan!!!!

Kenduri @ Taman Angsamas

Ahad lepas pergi kenduri kahwin anak sepupu en. suami di Angsamas. Anak sorang, grandlah majlisnya siap ada cak lempong (betul ke ejaannya??) dan penari-penari dari mana aku tak tahu..... hehehe... sebelum ke majlis tu, balik kampung dulu ambil MIL. dari rumah MIL ke tempat majlis tu tak jauh pun.... dekat ajer......
 pelamin yang simple
 anak-anak leka dengan buah-buahan yang disalut dengan coklat tu......
Najwa with sepupunya.......

Skrap book Najwa

Hasil kerja Najwa dengan dibantu sikit-sikit oleh aku........ 2 sekali kena buat pulak tu.... satu untuk pendidikan sivik dan kewarganegaraan dan satu lagi kajian tempatan. Pendidikan sivik tu tajuknya, Kaum, Makanan dan Pakaian Tradisional Masyarakat Malaysia manakala untuk Kajian Tempatan tajuknya pula ialah Kemudahan atau Perkhidmatan Awam yang terdapat di negara kita. dan inilah hasil yang dia dapat, 95 markah untuk kedua-dua skrap booknya tu...... bukan main eksen dia lagi dengan abangnya.... sampai abangnya cakap subjek tu bukan compulsory, hanya elective subject ajer..........
 ini skrap book pendidikan siviknya......
ini untuk kajian tempatan........

Rabu, 26 September 2012

Bersantai kat Kelab Komuniti Cyberjaya

Kesini lagi atas permintaan anak-anak. Sebenarnya nak ke pusat sukan air presint 5 putrajaya tapi tutup pula pada cuti umum hari Malaysia hari tu.......... untuk tidak menghampakan anak-anak, kami bawalah dia orang ke pool kat cyberjaya ni.........

Selasa, 25 September 2012

Mee Rebus tepi Jalan Desa Cempaka, Nilai


nasi lemak Adli....... dah ambil ayam sambal ambil pula rendang....... sedap rendang nya....
Ini Najwa punya. Nasi lemak sambal ayam
ini aku punya.... mee rebus.... pergi tiga beranak ajer.... en. suami masih kat office lagi.......

Pergi makan kat gerai ni minggu lepas. Selalu juga aku pergi sini tapi kali ini baru teringat nak snap gambar. Kat sepanjang Jalan Desa Cempaka ni memang banyak gerai-gerai makan.  Yang paling terkenal adalah gerai mee rebus ni. Disamping mee rebus ada juga nasi lemak, laksa dan cucur udang yang marvellous kat gerai ni.... memang ramai orang singgah kat gerai ni... susah nak dapat meja....... petang-petang sepanjang jalan desa cempaka tu memang jammedlah. Kereta parking tepi jalan tu. Gerai-gerai kat sini beroperasi dari pukul 3 petang hingga malam....

Jumaat, 21 September 2012

Heroku

Walaupun UPSR dah habis examnya last week, aku tetap nak tempekkan gambar-gambar yang aku snap pada hari pertama Adli menduduki UPSR sebagai kenang-kenangan...... aku cuti 3 hari masa peperiksaan UPSR ni berlangsung....... dan minggu depan bermula dari hari Isnin hingga ke Khamis (24.09.12 - 27.09.12) bermulah lah pula peperiksaan PSRAnya pula.... yang ni aku hanya cuti pada hari Isnin, hari-hari yang berikutnya tak cuti, nanti aku keluar sekejap dari office untuk bacaan Yassin ajer pada pukul 12.45 tengahari. Semuga heroku Adli akan dapat menjawab kesemua soalan dan MUMTAZ jadi milik abang........ amin....
 anak-anak UPSR SRAI Salak Tinggi sedang beratur untuk memasuki dewan peperiksaan.......
 pengawas peperiksaan
 malu pula bila disnap gambarnya.......
ibubapa yang hadir ke sekolah pada hari pertama tu........ sebaik-baik ajer anak-anak ni memasuki dewan, ibu bapa di jemput ke Surau Sekolah untuk bacaan Yassin..........

Untuk tatapan aku dan mereka-mereka yang sudi membaca blog aku.....


Dapat dari seseorang dan aku kongsikan kat sini....

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW :-



PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.


KETIGA

Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT

Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.


Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.


Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Johor Baharu: Part 2 dan akhir

Ahad tu pagi-pagi lagi aku dah kejutkan anak-anak, suruh dia orang bersiap cepat sebab nak check out awal walaupun masa kami check in tu dah tengah malam and tidur malam tu pukul 3 pagi sebab lepas check in kita orang keluar ronda-ronda JB. kat JB ni kedai-kedai tutup pukul berapa ya??? pukul 3 pagi lagi masih banyak kedai-kedai yang buka lagi kat area JB Central tu........

Kami check out awal sebab nak ronda-ronda bandar JB lagi dan lagipun waktu melawat belum tiba masanya. sambil menyelam minum air...... gitulah rupanya....... ke JB ni pun sebab nak menziarahi orang yang sakit kalau tidak entah bila nak sampainya walaupun berkali-kali merancang....... lebih 12 tahun lamanya aku tak menjejak kan kaki ke JB ni...... lepas ni tak tau bila lagi sampainya....... lagi satu ingat lepas menziarahi pak saudara yang sakit tu nak juga ke Nusajaya, kat Legoland tuuuu...... keluar ajer dari hospital Sultan Ismail dibantainya hujan selebat-lebatnya ngan angin kencang..... langsung terbantut plan yang asal...... hanya dapat singgah kat AEON Tebrau City ajer (kat Food Court ajer), tu pun sebab anak-anak dah sibuk nak makan........ Masa kita orang keluar dari AEON Tebrau City tu pun masih hujan lebat lagi, so en. suami cakap kita ke Masjid dulu tunaikan solat zohor and then terus gerak balik ke Nilai......... sepanjang perjalanan balik tu pun hujan. meredah hujan lagi.......
 anak-anak bergambar dengan sepupu mereka di Taman Herba Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.
 di Hentian Machap.....

Khamis, 20 September 2012

Johor Baharu: Part 1

 Ke JB ajer....... tak masuk Singapore ya!!!
Ada part by part pulak..... padahal perginya pun bukanlah lama.... 1 hari 1 malam ajer....... pergi kerana menziarahi pak saudara en. suami yang tenat di ICU akibat kemalangan (kereta meletup dan 70% daripada anggota badannya terbakar)

Ikut perancangan awal hanya en.suami ajer yang pergi with dia punya adik and my MIL tapi disebabkan hari Sabtu tu aku kena kerja, so en. suami kena tunggulah sehingga aku habis bekerja, kalau tidak kang anak-anak nak tinggal dengan siapa subuh-subuh hari, and anak bujang aku ada kelas tambahan so en. suamilah yang kena hantar dan ambil dia..... aku sibuk mana sempat nak curi keluar menghantar dan mengambil dia dari sekolah!!!! My SIL pun ada sekolah ganti so dia orang plan nak bertolak selepas habis sekolah ganti dalam pukul 2 petang...... once aku habis bekerja, en, suami ajak kami ke open house rumah kak biah, sepupu en. suami dulu. En. suami cakap, orang dah jemput tak baik tak pergi tambahan pula kak biah tu sepupunya...... ikutkan ajerlah...... so my SIL dan MIL pergi dululah ke JB and en. suami cakap dia akan follow by bus or train coz aku memang tak nak ikut (kalau gi jalan-jalan sure aku ikutnya, ni nak menziarahi orang sakit ajer) eeeeee Jahatnya akuuuuuu..... tak baikkan.......... sebenarnya aku tak ikut coz anak bujang aku kan nak menduduki UPSR pada hari Selasa so aku ingat nak dia buat last minute punya ulangkajilah pada hari Sabtu hingga ke hari Isnin.......... tu sebab plan asalnya aku tak follow dia ke JB.......... Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.......

Dalam pukul 5.30 petang, en. suami dah siap nak bertolak ke JB and informed aku yang dia nak memandu ke JB, tak jadi nak naik bas or train... so bila aku dengar en. suami nak memandu, so aku cakap kat en. suami if awak memandu saya ikutlah... tak kan nak drive sorang-sorang..... malam pulak tu........ baikkan aku (masuk bakul angkat sendiri, hehehe) temankan en. suami walaupun aku kepenatan..........
 kami singgah Maghrib kat Hentian Ayer Keroh, tak snap pun gambar kat Hentian Ayer Keroh. Gambar kat atas tu kat Hentian Pagoh.
Anak dara aku sempat lagi berposing kat limau bali tu........
menikmati makan malam kat hentian Pagoh
masih di Hentian Pagoh lagi......
sampai JB pukul 11 malam dan berposing dulu kat Pantai Lido..... sepanjang perjalanan ke JB ni hujan ya.... lebat....  mencari budget hotel kat Danga Bay semuanya penuh dan terus ke JB central and nasib menyebelahi kami, masih ada satu ajer lagi bilik yang kosong..... check in pukul 12 tengah malam..... aku ingat kami sekeluarga ajer yang check in tengah malam, rupanya kat belakang aku ada 2 families yang duk mencari bilik jugak...... My SIL and MIL check in kat Seri Malaysia. Duk tanya jugak kat Seri Malaysia masa kita orang sampai tapi dah fully booked...... biasalah aku kan (adik-adik aku yang baca blog aku ni jangan kutuk aku ya!!) kalau pergi bercuti kemana-mana, mana nak booked hotel awal-awalkan!!! suka cari hotel bila dah sampai ke sesuatu destinasi tu.....

Rabu, 19 September 2012

Open House @ rumah Kak Biah

Sebaik ajer aku habis kerja (balik rumah dululah, tapi sebelum tu en. suami asyik duk talipon dan bertanya bila awak nak balik ni???) terus pergi ke open house rumah kak biah, sepupu en. suami di area Nilai. Kami tak lama kat rumah kak biah ni coz en. suami kan nak ke JB.
 en. suami sedang menikmati cendol.....
 Mak Lang en. suami dari Inas, Johol
 en. suami dengan sepupunya

 my gegirl...... baju tu labuh sangat, tu sebab dia duk mengepit ajer......
 my hero dengan sepupu sepapatnya.........
pangkat cucu en. suami......... Najwa bukan main sibuk lagi, nak bawa balik baby tu...... alahai sayang, ekau ingat senang-senang ker maknya nak beriiiiiii

Nilai U Convocation

n3 yang dah basi, tapi nak tempelkan jugak kat blog...... Sabtu 8.9.2012 kena bertugas. Seawal 6.30 pagi aku dah keluar dari rumah...... aku kena duty kat kaunter registration (budak-budak yang nak berkonvo kena register dulu) untuk pertama kalinya tahun ni ada 2 sesi (sesi pagi dan petang) aku kena bertugas kedua-dua sesi (pada hal program aku pada hari tu cukup banyak- dengan jemputan open house dan juga yang mana en. suami sepatutnya bergerak ke JB untuk menziarahi pak saudaranya yang tenat di ICU pada pagi tu terpaksa menangguhkan perjalanan, sebab en. suami kena jaga anak kat rumah)
 kena jaga counter 1 for MBA students. Bertugas dalam gelap...... mentol terbakar pulak.......
 ada jugak staff yang rajin duk menolong student bersiap (tak tahu nak pakai jubah convo tu....)
yang dah siap kena berkumpul di dalam hall sebelum bergerak ke President Hall........