Semalam petang aku masak ikan baung lemak cili api. Dah lama tak makan gulai ikan baung ni. Terjumpa ikan ni kat pasar malam pekan Salak. Aku ambil sekor ajer coz yang lain-lain kat rumah tu tak makan ikan baung ni.... pelik aku, ikan sembilang dia orang makan, baung tak makan...... tak apa, tak apa, jadinya aku puaslah meratah ikan baung ni semalam.... lepas ngidam den....... siap cari daun kesum untuk dicampurkan dalam gulai......
in the making of rendang Linggi style......
Oleh kerana orang-orang kat rumah aku tak makan gulai ikan baung ni, so aku kena masak satu lauk lain lah.... jenguk-jenguk kat peti ais ada daging dan since Adli dah beberapa hari ni duk minta rendang macam orang Linggi (ahli keluarga akulah) buat tu so aku pun merendanglah jugak petang semalam..... Buat rendang style Linggi punya.. Nasib baik rempah rendang buatan sendiri pemberian Mak Cik Lijah aku ada lagi.... Beria-ia Adli makan nasi berlauk rendang tu, bukan Adli ajer yang beria-ia makan, ayahnya pun sama jugak.... kira sedaplah rendang aku tu..... Tapi Najwa cakap, kalau mama masak kat Linggi (kat rumah neneklah) lagi sedapppppppp...... alasan kau nak balik kampunglah tu Wa hooooiiiiii........
Dulu masa duduk di kampung (berhampiran Sg Perak) selalu juga makan ikan baung. Sekarang ni nak jumpa pun susah. :(
BalasPadamYa lah Kakcik, memang payah nak jumpa ikan baung ni
Padam