Khamis, 27 September 2012

Sup Ayam @ Seremban 2

Dah berkali-kali untuk mencuba sup ayam kat Seremban 2 ni dan Ahad lepas sebelum balik ke Nilai, akhirnya dapatlah merasa sup ayam yang dikata orang amat sedap ni. Sebelum ini bila kita orang singgah kat medan selera ni, mamak sup ni selalu sangat tak ada (bercuti) siap kakak yang managed medan selera ni suruh kita orang talipon dulu untuk memastikan gerai sup ni bukak....
Sup ayam kat sini harganya mahal sikitlah dari benteng tapi mangkuknya besar.... susah nak menghabiskannya. Kat sini, kita boleh order roti banggali yang dibakar untuk dimakan dengan sup. Tapi bagi aku rasanya kuranglah dari yang di Benteng Seremban tu......... Tekak masing-masingkan!!!!

1 ulasan: