Jumaat, 21 September 2012

Johor Baharu: Part 2 dan akhir

Ahad tu pagi-pagi lagi aku dah kejutkan anak-anak, suruh dia orang bersiap cepat sebab nak check out awal walaupun masa kami check in tu dah tengah malam and tidur malam tu pukul 3 pagi sebab lepas check in kita orang keluar ronda-ronda JB. kat JB ni kedai-kedai tutup pukul berapa ya??? pukul 3 pagi lagi masih banyak kedai-kedai yang buka lagi kat area JB Central tu........

Kami check out awal sebab nak ronda-ronda bandar JB lagi dan lagipun waktu melawat belum tiba masanya. sambil menyelam minum air...... gitulah rupanya....... ke JB ni pun sebab nak menziarahi orang yang sakit kalau tidak entah bila nak sampainya walaupun berkali-kali merancang....... lebih 12 tahun lamanya aku tak menjejak kan kaki ke JB ni...... lepas ni tak tau bila lagi sampainya....... lagi satu ingat lepas menziarahi pak saudara yang sakit tu nak juga ke Nusajaya, kat Legoland tuuuu...... keluar ajer dari hospital Sultan Ismail dibantainya hujan selebat-lebatnya ngan angin kencang..... langsung terbantut plan yang asal...... hanya dapat singgah kat AEON Tebrau City ajer (kat Food Court ajer), tu pun sebab anak-anak dah sibuk nak makan........ Masa kita orang keluar dari AEON Tebrau City tu pun masih hujan lebat lagi, so en. suami cakap kita ke Masjid dulu tunaikan solat zohor and then terus gerak balik ke Nilai......... sepanjang perjalanan balik tu pun hujan. meredah hujan lagi.......
 anak-anak bergambar dengan sepupu mereka di Taman Herba Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.
 di Hentian Machap.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan