Ke JB ajer....... tak masuk Singapore ya!!!
Ada part by part pulak..... padahal perginya pun bukanlah lama.... 1 hari 1 malam ajer....... pergi kerana menziarahi pak saudara en. suami yang tenat di ICU akibat kemalangan (kereta meletup dan 70% daripada anggota badannya terbakar)
Ikut perancangan awal hanya en.suami ajer yang pergi with dia punya adik and my MIL tapi disebabkan hari Sabtu tu aku kena kerja, so en. suami kena tunggulah sehingga aku habis bekerja, kalau tidak kang anak-anak nak tinggal dengan siapa subuh-subuh hari, and anak bujang aku ada kelas tambahan so en. suamilah yang kena hantar dan ambil dia..... aku sibuk mana sempat nak curi keluar menghantar dan mengambil dia dari sekolah!!!! My SIL pun ada sekolah ganti so dia orang plan nak bertolak selepas habis sekolah ganti dalam pukul 2 petang...... once aku habis bekerja, en, suami ajak kami ke open house rumah kak biah, sepupu en. suami dulu. En. suami cakap, orang dah jemput tak baik tak pergi tambahan pula kak biah tu sepupunya...... ikutkan ajerlah...... so my SIL dan MIL pergi dululah ke JB and en. suami cakap dia akan follow by bus or train coz aku memang tak nak ikut (kalau gi jalan-jalan sure aku ikutnya, ni nak menziarahi orang sakit ajer) eeeeee Jahatnya akuuuuuu..... tak baikkan.......... sebenarnya aku tak ikut coz anak bujang aku kan nak menduduki UPSR pada hari Selasa so aku ingat nak dia buat last minute punya ulangkajilah pada hari Sabtu hingga ke hari Isnin.......... tu sebab plan asalnya aku tak follow dia ke JB.......... Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.......
Dalam pukul 5.30 petang, en. suami dah siap nak bertolak ke JB and informed aku yang dia nak memandu ke JB, tak jadi nak naik bas or train... so bila aku dengar en. suami nak memandu, so aku cakap kat en. suami if awak memandu saya ikutlah... tak kan nak drive sorang-sorang..... malam pulak tu........ baikkan aku (masuk bakul angkat sendiri, hehehe) temankan en. suami walaupun aku kepenatan..........
kami singgah Maghrib kat Hentian Ayer Keroh, tak snap pun gambar kat Hentian Ayer Keroh. Gambar kat atas tu kat Hentian Pagoh.
Anak dara aku sempat lagi berposing kat limau bali tu........
menikmati makan malam kat hentian Pagoh
masih di Hentian Pagoh lagi......
sampai JB pukul 11 malam dan berposing dulu kat Pantai Lido..... sepanjang perjalanan ke JB ni hujan ya.... lebat.... mencari budget hotel kat Danga Bay semuanya penuh dan terus ke JB central and nasib menyebelahi kami, masih ada satu ajer lagi bilik yang kosong..... check in pukul 12 tengah malam..... aku ingat kami sekeluarga ajer yang check in tengah malam, rupanya kat belakang aku ada 2 families yang duk mencari bilik jugak...... My SIL and MIL check in kat Seri Malaysia. Duk tanya jugak kat Seri Malaysia masa kita orang sampai tapi dah fully booked...... biasalah aku kan (adik-adik aku yang baca blog aku ni jangan kutuk aku ya!!) kalau pergi bercuti kemana-mana, mana nak booked hotel awal-awalkan!!! suka cari hotel bila dah sampai ke sesuatu destinasi tu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan