Fuhh!!! panjang sangat tajuknya. 3 dalam 1. Hari Khamis lepas kenalah aku ambil cuti (unpaid leave) sebab ada perjumpaan mentor dan ibu/bapa tahun 6. Berkorban demi masa depan anak...
Majlis ini telah di adakan di dewan sekolah SRAI, Salak Tinggi. Ingatkan hanya perjumpaan mentor dengan ibu/bapa ajer rupanya siap sekali dengan jamuan hari raya.
Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Guru Besar SRAI Salak Tinggi dan diikuti oleh ucapan Tuan Pengerusi PIBG SRAI Salak Tinggi. Hebat sekolah ni macam-macam aktiviti diadakan untuk pelajar tahun 6 nya, bagi memastikan sekolah ini kekal sebagai sekolah terbaik JAIS Selangor......
Jadi takut aku dibuatnya. Hope anak aku boleh buat yang terbaik..... Mama senantiasa mendoakan kejayaan abang dunia dan akhirat....... amin....
Antara ibu/bapa yang hadir pada hari tu..........
Puan Guru Besar ada menyebut salah seorang pelajar tahun 6 ini telah lari menyorok di dalam tandas masa peperiksaan gerak gempur dijalankan selepas raya hari tu.... bukak ajer sekolah, pelajar tahun 6 terus duduk peperiksaan gerak gempur, mana ke budak tu tak lari..... masih dalam mood raya lagi dia orang........ Puan Guru Besar adalah mentor kepada budak yang melarikan diri tu...... Dah stress dah budak-budak ini....... kesian dia orang........
Ini mentor anak aku, Cikgu Mohd Faeisal...... Menteenya ada tiga orang......... mendengar amanat terakhir dari nya...........
Calon UPSR SRAI Salak Tinggi adalah seramai 73 orang dan sedang membaca ikrar/akujanji anak-anak UPSR & PSRA 2012.........
kena tandatangan pulak kat banner tu sebagai akujanji untuk mendapatkan 5A dan Muntaz.......
cikgu-cikgu SRAI Salak Tinggi........
dihidangkan dengan Nasi hujan panas, dalca, acar timun, ayam masak merah dan berbagai lagi......
ayam masak merah yang dah licin..............
rendang daging dan kuah kacang.........
Nasi impit, lemang dan buah-buahan
Hari Rabu ni, 5.9.2012 pihak sekolah akan menganjurkan siri motivasi pecutan UPSR pula...... selain pecutan UPSR untuk anak-anak tahun 6 ni, ibu bapa juga diwajibkan hadir untuk menunaikan solat hajat. Pihak sekolah pernah menganjurkan solat hajat ni di Masjid KLIA dan kali ni solat hajat ni ditunaikan di surau sekolah sahaja...... yang ini en. suamilah pulak kena pergi, aku tak dapat cuti........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan