Selasa, 7 Mei 2013

Aktiviti cuti hari pekerja

Assalamualaikum,

Orang dah duk cerita pasal mengundi aku baru nak cerita aktiviti cuti hari pekerja aku...... slow sangat keretapi aku ni....... hehehe..... malas sangat nak mengupdate blog......

Cuti hari pekerja tu kami tak ada pergi mana-mana kerana dalam sejarah, en. suami bekerja pada hari tu...... so oleh kerana tak pergi mana-mana maka aku terlebih rajinlah....... buat soto lagi....... anak-anak pun pelik and siap berkata-kata "mengapa mama rajin sangat hari ni???" Yang sebenarnya tekak aku teringin sangat nakkan soto........
 begedil aku yang simple tapi termasin sikit..... aku bubuh rempah soto tu terlebihlah pula...... my hero cakap macam cekodok ajer tapi bila dia merasa, sedaplah mama katanya....... siapa lagi nak pujikan kalau bukan anak-anak........
 pakai nasi impit ajer coz kat dapur ada lebihan nasi impit yang belum berebus.........
 sambal kicap.......
 nasi impit yang telah dipotong-potong.......
taugeh yang dicelur and kuah soto (lupa nak snap gambarnya)

Habis licin dingap oleh anak-anak, nasib baik en. suami dapat merasa.........

And Sabtu lepas aku buat Nasi Lemak pula for breakfast merangkap lunch sekalilah sebabnya tengahari tu dah nak balik kampung untuk mengundi keesokkan harinya....... Pun licin dikerjakan oleh anak-anak and siap request suruh buat lagi.......

Tiada ulasan:

Catat Komen