Isnin, 13 Mei 2013

Cerita yang dah basiiiiiiii

Assalamualaikum,

Agghhhhh malasnya nak mengupdate blog. Ni semua penangan Candy Crush Saga la niiiiii.......

Oklah..... aku tau cerita yang nak kuudarakan ni dah basi tapi aku tetap nak postkan n3nya....... Aku bukan nak cerita pasal PU13 ya, yang aku nak cerita ialah tempat mengundinya....... Aku mengundi kat Sekolah Kebangsaan Linggi. Sekolah tempat aku menimba ilmu dulu......... lama sungguh tak kesekolah tu.........
 
Inilah rupanya sekolah aku dulu...... dulu kini dan selamanya tetap sama ajer...... cuma dengarnya muridnya dah berkurang..... tak macam zaman persekolahan aku dulu....... aku cakap kat anak-anak aku, kat sinilah mama bersekolah dulu dan disekolah nilah nenek kau orang mengajar...... tapi nenek tak pernah ajar mama pun........ aku masuk sekolah ni masa darjah 5, kalau tak silap akulah. Masa aku darjah 5, baru bangunan ni siap...... sebelumnya aku bersekolah kat sekolah Inggeris, kat bangunan Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusuf, Linggi sekarang ni..... sebelum ni kat Linggi tu ada sekolah Inggeris dan sekolah Melayu. Sekolah Melayu tu sekarang ni jadi Giat Mara Linggi. Sekolah Inggeris dan sekolah Melayu ni taklah jauh mana, sepelaung ajer....... Masa aku darjah 5 barulah ada Sekolah Kebangsaan dimana Sekolah Inggeris dan Sekolah Melayu disatukan......... duduklah kami dibawah satu bumbung........

Masa hari mengundi hari tu aku sampai lambat, sebab kena tunggu en. suami yang pergi mengundi kat Nyatoh, Kuala Sawah, lepas en. suami selesai mengundi, boleh dia suruh aku drive sendiri balik ke Linggi untuk mengundi..... dia cakap dia nak mesin rumput rumah maknya...... geram ajer aku...... so aku balik dengan anak-anak ajer dan terus ke Sekolah Kebangsaan Linggi. Selesai ajer mengundi terus balik ke rumah kampung kami tapi malangnya rumah dah tutup...... masing-masing dah cabut awal balik ke tempat masing-masing...... tak jumpalah aku dengan adik beradik aku and dah tentunyalah my gegirl bising sebab tak jumpa sesiapa pun....... mama lambatlah katanya........ sepanjang balik ke Kuala Sawah tu muncung ajer gegirl aku..... Marahlah tuuuuuuuu tak dapat jumpa kazen-kazennya........... Sorrylah sayang........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan